Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 20, 2025 @ 8:33pm

A Aida ‘Kenenkan’ Anak Gadis Dengan Aniq Suhair… Azeva Natassha Terbuka Kenali Hati Budi

Pelakon baharu, Azeva Natassha mendedahkan ibunya, penerbit terkenal Datuk A Aida meminta dia untuk mengenali hati budi aktor kacak Aniq Suhair.

Sudah berkenalan sejak bangku sekolah, Azeva selesa berkawan dengan Aniq dan terbuka untuk hati budi mengenali pelakon.

“Sebenarnya, saya sudah lama kenali Aniq, sejak di bangku sekolah lagi. Adik saya, Rahul berkawan dengan adik Aniq. Sejak itu saya mengenali Aniq. Selepas itu, masing-masing sambung belajar dan ibu pula mengambil Aniq berlakon di bawah produksi miliknya.

“Buat masa ini, kami tak bercinta, hanya kawan sahaja. Ibu saya sangat suka Aniq, dia lelaki yang sangat baik. Sangat ‘gentleman’. Ketika sambutan Hari Raya Haji yang lepas, kami sekeluarga melakukan ibadah korban dan Aniq banyak bantu keluarga saya.

“Banyak kali ibu saya ‘kenenkan’ saya dengan Aniq tapi saya segan sebenarnya. Dia kan macam ‘hot stuff’, saya pula pemalu. Tapi saya tahu dia baik, ibu saya selalu beri galakan untuk saya mengenali Aniq,” kata Azeva kepada XTRA.

Tambah Azeva, ibunya amat tegas soal cinta dan lelaki, namun ia berbeza apabila A Aida sendiri yang memberikan galakan untuk dirinya mengenali Aniq.

“Saya malu dan segan, saya masih muda dan tak berfikir mengenai hubungan cinta. Tapi saya fikir, mata ibu ini berbeza dan dia pun tak pernah menipu. Saya sendiri dah tengok cara dia layan keluarga saya, memang baik sangat.

“Buat masa ini, kami selesa berkawan sahaja. Jika ada jodoh, adalah. Saya memang solo kerana ibu saya memang tegas soal cinta. Tapi dengan Aniq, pertama kali ibu saya bercakap dengan saya mengenai lelaki. Jika tidak, dia memang pantang saya bercakap mengenai lelaki,” katanya kepada XTRA.

Azeva dan Aniq ditemui di set penggambaran telefilem Bos, Nak Cuti yang menggandingkan mereka sebagai hero dan heroin di Hulu Langat, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aniq yang senang dengan keperibadian anak gadis A Aida itu menyifatkan Azeva sebagai seorang gadis yang bersifat ‘classy’ dan lemah lembut.

“Azeva merupakan seorang wanita yang sangat ‘classy’. Saya suka cara dia bertutur dan berkomunikasi. Pada awalnya, saya pandang dia je, saya tahu dia ni ‘something’, seperti contoh kalau orang lemah semangat, bila memandang dia, rasa berbeza. Azeva sangat baik dan jujur. Azeva juga lemah lembut dan happy go lucky. Itu yang saya suka mengenai dia,” katanya.

Ketika disoal mengenai status dirinya, Aniq mengaku sudah lebih setahun tidak mempunyai kekasih dan tiada salahnya untuk dia mengenali seseorang dengan lebih mendalam.

“Saya rasa sudah bersedia nak kenali seseorang dengan lebih mendalam. Saya pun dah lama ‘single’. Apa salahnya kenal seseorang dengan lebih mendalam. Kalau ada jodoh, jalan terus. Sudah setahun lebih saya single, kadang-kadang ada juga rasa sepi,” katanya.

Selain Azeva dan Aniq, telefilem ini turut dibintangi oleh Aleza Shadan, Zul Huzaimy, Laila Nasir, Amir Mirza, Ahmad Syafiq dan ramai lagi.

Turut diarahkan oleh Zul Huzaimy, karya terbitan A Aida Production itu bakal disiarkan di Salam HD saluran 113 Unifi TV tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

‘Kau ingat aku tak semak dengan kau? Berambus!’, Giliran Ozlynn Pula ‘Sekolahkan’ Netizen

Tulisnya, “Kadang mulut kau tu bau juboq (punggung) ayam macam mulut kau masa kau bertanya tanpa fikir perasaan orang”

Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Khairul Aming Dipuji Beri Daging Dendeng Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Khairul Aming beri dendeng percuma kepada mangsa banjir

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
Featured Tue, 25 Nov 2025

“Saya Nak Maafkan Atau Tak, Itu Rahsia Saya Dengan Allah” – Fazura

Fazura memilih untuk tidak mengambil pusing terhadap kritikan dan kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.

Trending Mon, 5 Feb 2018

失火之后全家微笑合影:人都在,家就在

中国网友间最近流传一张充满「正能量」的照片,拍摄者姜托托声称,照片中一家三口站在废墟里开心比YA,他们其实是自己的亲戚,虽然住家毁了,宠物狗也命丧火窟,但他们还是打起精神、露出微笑,积极面对这场悲剧“毕竟人在,家就在。”

Featured Mon, 31 Jan 2022

Tahniah! Neelofa Selamat Melahirkan Baby Boy

Tak sabar nak tengok baby boy Lofa!

error: Content is protected !!