Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 17, 2018 @ 1:39pm

‘Kau ingat aku tak semak dengan kau? Berambus!’, Giliran Ozlynn Pula ‘Sekolahkan’ Netizen

Pelakon Ozlynn Wati meluahkan rasa geram terhadap sesetengah pengikutnya di Instagram yang suka mengkritik apa sahaja yang dilakukan olehnya.

Isteri kepada pelawak Johan ini meminta agar segelintir pengikutnya  tidak terlalu mencampuri urusan peribadi keluarganya.

“ Ramai tanya cantik skin aku, sorry aku tak reti nak edit dekat phone. Kadang-kadang dekat phone sendiri muka macam bibik tapi orang lain post muka ko… mak aii lawooonya aku kahhhhh! Perasan.

“ Bergantung pada handphone cap apa ko pakai… aku jenis apa yang aku amik tu yang aku post.. sebab aku tak nak nanti bila orang jumpa aku.. “ laaaa dlm gmbr nmpk kecik luar besar, dlm gmbr lawa luar buruk. So aku post je kadang nampak perut buncit, lengan gelebeh, muka abah2, tak kisah. Tak susahkan sesiapa,” tulisnya panjang lebar di Instagram.

Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail mengaku mula rimas apabila menerima soalan atau kritikan tidak masuk akal.

” Kadang ada yang tegur, kemaskan rumah, suruh laki (suami) kau tu gunting rambut. Wey kau semak dengan keluarga aku?

” Kau ingat aku tak semak dengan kau? Berambus!!! Kat sini kita jadi manusia normal. Bukan kau celik-celik mulut bau syurga tak eh.

” Kadang mulut kau tu bau juboq (punggung) ayam macam mulut kau masa kau bertanya tanpa fikir perasaan orang,” tulisnya lagi.

Ozlynn juga menasihatkana agar pihak yang tidak gemar dengan postingnya segera berhenti mengikut di Instagram.

“Jadi kalau kau tak suka kat IG yang kau ikut atau stalk, lebih baik blah (pergi) wey. Kurangkan dosa sesama kita. Eh tak, aku tak marah cuma ingatkan diri aku sendiri juga.

“Sebelum jawab soalan yang menyakitkan hati keluarga baik kita sekat awal-awal. Tak ke bagus idea aku tu. kau orang boleh tiru,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Sep 2019
Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Elfira Loy Sedang Bahagia Dengan Lelaki Misteri?

Viral di media sosial semalam apabila El dilihat memuat naik gambar bersama seorang lelaki di laman instagram miliknya. Siapakah agaknya gerangan lelaki tersebut?

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

大马环球音乐歌手与歌神张学友「相认」

阔別6年,万众瞩目的「歌神」张学友《A CLASSIC TOUR 学友•经典世界巡回演唱会》终于来到了吉隆坡站。与歌神同门的大马环球音乐旗下艺人歌手Eunice何沛璇、Alvin钟槿桦以及林文荪也纷纷籍此难得的机会到场师兄“相认”。

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Bantu Bayi Ekzema, Terima Kasih Nedim

Terima kasih Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki anda sekeluarga. Alhamdulillah, terima kasih Nedim dan Nora Danish!

Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
error: Content is protected !!