Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 21, 2025 @ 5:23pm

[VIDEO] Irfan Haris Kongsi Amira Othman Tersenyum Siram Bunga, Akui Fattah Amin Nombor Satu Di Hati – “Abang Long Gentleman”

Penyanyi dan adik bongsu kepada selebriti, Amira Othman berkongsi kakaknya itu setiap hari tersenyum ketika menyiram jambangan bunga kiriman oleh aktor, Fattah Amin.

Menerusi video siaran langsung di platform TikTok, Irfan berkata Amira yang juga seorang penyanyi ini menjaga bunga-bunga tersebut dengan penuh kasih sayang.

“Kak Iya (panggilan Amira) sejak dapat bunga ni darah dia semakin baik. Bunga-bunga itu semua tersusun rapi atas meja, setiap hari dia ambil ‘spray’ dan siram.

“Saya tengok saja masa dia siram tu dalam hati saya kata ‘tak apalah, ambil saja bumi ni’,” katanya mengusik Amira.

Dalam video sama, Irfan turut mengakui Fattah seorang yang sangat gentleman atas kiriman bunga-bunga tersebut sepanjang kakaknya terlantar di hospital akibat keracunan makanan.

“Abang Long (panggilan Fattah) saya nombor satu di hati sebab dia sangat gentleman dengan bunga dia, memang saya hormati,” katanya lagi.

@fattahamiraa

ketua sedang merungkai HAHAHA🤏🏼 @Fattah Amin @Amira Othman @Irfan Haris #fattahamin #amiraothman #irfanharis #fyp #foryou #fypage #foryoupage #trending #malaysia

♬ Sesaat Kau Hadir – Gery Gany

Sebelum ini, perkongsian Fattah di Instagram (IG) yang berkongsi foto Amira bersama bunga ketika melawatnya di hospital mencuri tumpuan ramai.

Malah, ibu Fattah iaitu Azizah juga turut melawat Amira sekali gus mendoakan agar pelantun lagu Dalam Sujudku ini segera sembuh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Thu, 15 May 2025
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

BLACKPINK’s ‘Kill This Love’ Smashes Charts!

Congratulations, girls and keep slayin’!

Trending Wed, 20 Aug 2025

Kongsi Inspirasi Untuk Pembangunan Wanita Bestari… Erra Fazira Seru Kaum Hawa Seimbang Kerjaya & Keluarga

Erra Fazira menegaskan wanita masa kini bukan sahaja semakin berani ke hadapan, malah bijak memanfaatkan peluang untuk menonjolkan diri.

Trending Thu, 7 Jun 2018

Tak Jadi Kahwin Jutawan Arab, Rihanna Putuskan Hubungan Kerana Bosan

Hasrat untuk mengahwini juwatan Arab Saudi nampaknya tidak kesampaian apabila penghibur antarabangsa, Rihanna membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Hassan Jemeel.

error: Content is protected !!