Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 23, 2025 @ 6:45pm

Haliza Maysuri Pakai Tudung Bawal RM70,000 Simbolik Menang Saman, Mahu Berjuang Pertahan Nama Baik – “Jika Melibatkan Maruah, Jangan Cuba-Cuba!”

Usahawan tersohor, Haliza Maysuri menggayakan tudung bernilai RM70,000 sarat batu Swarovski sebagai simbolik kemenangan saman fitnah terhadap bekas pengedar.

Menyifatkan penghasilan tudung itu sebagai tanda kesyukuran selepas diduga dengan fitnah daripada bekas pengedarnya sendiri, Haliza menggayakan helaian mewah itu di majlis sidang media kes saman terbabit yang diadakan di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

“Disebabkan kami menang saman semalam, saya arahkan kilang buat tudung bernilai RM70,000 yang saya pakai pada hari ini.

“Saya bukan nak menipu tapi ini semata-mata untuk julang nama jenama saya semula. Maruah saya tak boleh dibayar dengan wang ringgit,” katanya kepada XTRA.

Turut hadir di sidang media terbabit adalah Mohd Rosli Awang selaku Pengarah Urusan Bawal Exclusive dan Datuk Adnan Seman yang mewakili firma guaman Adnan Sharida & Associates.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kota Bharu telah memerintahkan seorang bekas pengedar Bawal Exclusive Sdn Bhd, Rosmaliza Mansor, membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada syarikat itu serta dua lagi pihak atas dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.

Bawal Exclusive bersama Bawal Sdn. Bhd. dan Haliza memfailkan saman pada 18 Oktober 2024 berhubung satu hantaran di Facebook Rosmaliza yang didakwa memperlekeh usaha pemasaran produk mereka di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Haliza Maysuri Menang Saman! Bekas Pengedar Diperintah Bayar RM70,000 Kepada Bawal Exclusive Atas Dakwaan Fitnah

Tambah Haliza, dia hanya mempertahankan nama baik jenama yang sudah dibina selama ini.

“Saya sebenarnya dah kebal dengan kecaman, fitnah dan sebagainya. Saya tenang sahaja, saya banyak berdoa kepada Allah, minta Allah petunjuk, Insya-Allah saya tenang.

“Saya di tempat yang benar, jadi tiada apa yang merisaukan. Namun begitu, untuk kes kali ini, ia melibatkan pengorbanan dan jerih perih saya membina jenama ini.

Jika ia melibatkan jenama, saya harus mempertahankan. Saya membina empayar bermula dari bawah lagi sehingga sekarang, bermula dengan 20 helai tudung bawal dan empat paket kristal Swarovski.

“Selepas kami berkahwin, saya dan suami bermula di bilik sewa. Suami saya yang buat, saya yang jual di kedai kami di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Di situ kami bermula, daripada tidak dikenali, berniaga di pasar malam sehinggalah sekarang,” katanya.

Kesal dengan isu yang terjadi, Haliza berjanji untuk mempertahankan maruah jenama yang dibuna agar ia tidak dirosakkan.

“Sewenang-wenangnya orang memfitnah dan berkata buruk, jadi perkara itu memang tak boleh dibiarkan, saya perlu buat tindakan sebagai pengajaran dan menjaga nama baik.

“Jika ia melibatkan maruah dan kita berada di tempat yang benar, jangan cuba-cuba untuk merosakkan ia. Saya akan bertarung habis-habisan, saya akan tunjukkan kebenaran, Insya-Allah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 Apr 2025

“Ini Tuduhan Serius, Bukan Gosip!” – Marissa Dania ‘Sound’ Aazief Khalid

Marissa Dania nafi bercinta dengan Aslam sejak di bangku sekolah

Hiburan Sun, 5 May 2024

Syasya Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla

Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!

Featured Wed, 19 Oct 2022
Hiburan Mon, 19 Mar 2018

T.O.P Being Investigated For Breaking Law As Public Service Worker

Big Bang’s T.O.P is currently under investigation again!

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

“Ingat Dia Bergurau” – Suasana Kecoh Di Fiesta Mega Raya, Roslan Shah Terkejut Peminat Pengsan Lepas Ajak Bergambar

Seorang peminat wanita tiba-tiba pengsan selepas bergambar dengan Roslan Shah.

Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Hiburan Tue, 16 Dec 2025

The Germans United Anjur Kejohanan Pickleball Satukan Artis, Pengurus & Media… Ismail Izzani Bergelar Juara Tewaskan Imran Aqil!

Best acara ni sebab dapat eratkan hubungan artis, pengurus dan pihak media…. Tahniah Ismail Izzani & pengurus berjaya jadi juara!

error: Content is protected !!