Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 18, 2025 @ 7:12pm

“Ini Tuduhan Serius, Bukan Gosip!” – Marissa Dania ‘Sound’ Aazief Khalid

Pempengaruh, Marissa Dania tampil membidas anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid yang memberi pandangannya berhubung konfliknya.

Aazief mendakwa tindakan Aslam yang telah memikat gadis di bawah umur adalah satu kesalahan dari segi undang-undang.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Marissa meminta Aazief untuk tidak masuk campur urusan keluarga dan rumah tangganya, selain turut menafikan tuduhan mengatakan dia dan suami, Aslam sudah menjalinkan hubungan sejak di sekolah rendah.

“Itu tidak betul, ini bukan gosip. Ini tuduhan yang serius.Saya tidak akan berada di sini menjelaskan diri saya melainkan keadaan memaksa. Apa perasaan apabila awak mencampuri urusan orang lain terutamanya hal keluarga? Tak bolehkah pendapat di simpan untuk diri sendiri?,” katanya.

Marissa akhirnya bersuara di Threads selepas ibunya, Abby Abadi, mendedahkan sebab di sebalik tindakan suaminya menampar Aslam.

Dalam perkongsiannya itu, Abby menjelaskan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria, bertindak demikian kerana merasakan Aslam telah bertindak keterlaluan.

Tambah Abby lagi, kejadian itu berlaku ketika Marissa di bawah usia 18 tahun dan masih di bawah jagaannya dan suami sepenuhnya.

Ketegangan antara Abby dan Aslam terus menjadi bualan hangat warganet, terutama apabila kedua-duanya memilih untuk saling berbalas kenyataan secara terbuka di media sosial.

Situasi semakin tegang apabila muncul desakan agar Abby tampil memohon maaf kepada isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan yang juga merupakan madu kepada Marissa.

Namun, Abby tidak bersetuju dengan permintaan tersebut, malah menegaskan Aslam, sebagai menantunya sepatutnya tampil dan memohon maaf kepadanya terlebih dahulu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Tue, 6 Feb 2024
Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Kongsi Video Mengalirkan Air Mata, Fuad Rahman Beri Penjelasan Tentang Keadaan Tom

Kesiannya dekat Tom.. Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Wed, 13 Nov 2024
Kisah Viral Mon, 27 Nov 2023
Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Mayat Accapan Dibakar Di Krematorium Simpang Lima

Pelawak ini dilaporkan sudah lama sakit namun tidak menghebohkan tentang kondisi kesihatannya. Rest In Peace Sir…

error: Content is protected !!