Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2025 @ 5:04pm

Baju Hoodie Cik B Cecah RM8,000 Sehelai, Beg Birkin Pula Cecah RM80,000… Netizen Komen: “Seram Dengar Dia Belanja”

Personaliti media sosial, Cik B mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan baju ‘hoodie’ berjenama mewah miliknya mencecah harga ribuan ringgit.

Kata Cik B atau nama lengkapnya, Edlynn Zamileen Muhammad Amin, baju t-shirt berjenama mewah miliknya sahaja berharga sekitar RM4,000 sepasang.

Malah, lebih mengejutkan aksesori yang sering dipakainya juga terdiri daripada barangan berjenama yang mencecah harga sekitar RM1,000 hingga RM2,000.

Tambah anak sulung usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) itu, dia menggemari jenama ‘Balenciaga’ adalah disebabkan huruf pangkalnya ‘B’ merujuk kepada namanya panggilannya.

“Baju hoodie RM8,000, t-shirt dalam RM4,000 tapi orang semua tahu saya memang peminat Balenciaga sebab logo ‘B’.

“Banyak pasang saya ada, saya pun tak terkira sampai kawan sempat mencuri baju.

“Harga cincin dalam RM2,000 sahaja. Yang Gucci pula harganya dalam RM1,500,” katanya.

Cik B berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi podcast Sembang Seram bersama Safwan Nazri baru-baru ini.

Beg Birkin RM80,000

Tidak habis disitu, Cik B juga berkongsi harga bagi beg tangan yang dipakainya kini.

“Beg tangan pula, saya banyak pakai LV dan Chanel tapi sekarang saya pakai Birkin.

“Beg Birkin itu harganya RM80,000. Kalau nak tahu orang itu setia atau pun tidak, dia akan pakai beg tangan satu sahaja dan tak tukar. Itu apa yang mak saya cakap,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Apr 2022

Meriahkan Aidilfitri Dengan 3 Buah Lagu Raya Serta Program Menarik Di Hot FM & Molek FM

Wah! Mesti gempak suasana raya kali ni dengan Hot FM & Molek FM 😍

Featured Thu, 24 Nov 2022

“Pendarahan Masih Berterusan Secara On-Off”- Ungku Ismail Mohon Doa Untuk Nad Zainal

Ramai artis yang terlibat mendoakan dan membacakan Yassin buat Nad Zainal…

Featured Tue, 13 Sep 2022

Netizen Tuduh Jual Kuih Keria Rentung, Ini Jawapan Balas Lana Nodin

Rasanya dia tak pernah nampak kuih keria gula melaka kot? 😅

Hiburan Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Fri, 17 Apr 2026
Featured Mon, 10 Jun 2019
familuv Wed, 15 Jun 2022
error: Content is protected !!