Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 25, 2025 @ 11:45am

Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Lelaki Paling Rapat

Penyanyi dan pelakon jelita, Amira Othman tidak menafikan pelakon popular Fattah Amin antara lelaki paling rapat dengannya dalam industri seni.

Ketika ditemui media, Amira turut mengakui menerima jambangan bunga daripada Fattah baru-baru ini apabila dirinya terlantar di hospital akibat keracunan.makanan.

“Bunga saya dapat banyak, termasuk daripada klien. Tapi ya, saya akui Fattah juga ada beri bunga. Dia sendiri muat naik di Instagram, jadi bila netizen mula mengusik, saya faham… itu perkara biasa.

“Macam Fattah tulis, ‘get well soon rakan sekerja’. Jadi, yang baik kita aminkan. Tak ada apa-apa pun, setakat itu sahaja,” katanya.

Amira berkata demikian ketika ditemui di pelancaran lagu baharunya Dalam Sujudku pada Selasa.

Mengulas lebih lanjut, Amira turut menjelaskan hubungan rapat mereka banyak disebabkan komitmen kerja yang masih berjalan.

“Kami memang kerap muncul bersama. Buat masa ini, kontrak kami masih berjalan dan ada projek baharu juga. Jadi memang akan selalu nampak kami berdua,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Ucapan Ayda Jebat Dianggap Sebagai Kurang Cerdik

Ayda Jebat tujukan ucapan itu untuk siapa sebenarnya?

Hiburan Sat, 7 Aug 2021

“Sayang Aku Tanya Apa Khabar?” – Zynakal Akui Terkejut Bila Dayang Nurfaizah Setuju Untuk…

Penyanyi rap Zynakal, 23, kini muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Sayang Aku Tanya Apa Khabar. Menariknya, lagu terbitan Def Jam Malaysia ciptaan Zyn, Nobita dan Chaan serta lirik oleh Zyn sendiri itu turut menampilkan […]

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Sun, 2 Nov 2025
Hiburan Sun, 23 Jun 2019
error: Content is protected !!