Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 26, 2025 @ 2:38pm

“Saya Maafkan Mereka Yang Aniaya Anak Saya” – Ibu Syed Saddiq

“Saya maafkan mereka yang menganiaya anak saya… semoga Allah beri hidayah kepada mereka.”

Demikian luahan penuh emosi ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, selepas Mahkamah Rayuan semalam membebaskan anaknya daripada empat pertuduhan membabitkan pecah amanah dan salah guna dana.

Sharifah Mahani berkata, walaupun hatinya sebagai seorang ibu luluh melihat dugaan yang menimpa anaknya, dia memilih untuk memaafkan dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

“Bagi mereka yang menganiaya anak saya, saya hanya mampu berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada mereka. Hidup ini sementara, bukan selamanya.

“Jangan aniaya orang lain, kerana balasannya bukan hanya di akhirat… tetapi di dunia juga. Namun saya maafkan mereka atas apa yang telah dilakukan kepada anak saya dan keluarga kami,” katanya.

Sharifah Mahani juga mengakui pernah memujuk Saddiq agar meninggalkan dunia politik kerana tidak sanggup melihat anaknya terus diuji.

“Kadang-kadang sebagai ibu, hati saya memberontak… saya pernah kata pada dia, ‘sudahlah nak, cukuplah… jangan teruskan kerana terlalu banyak kesusahan dan ramai yang tidak memberi kerjasama’.” katanya.

Namun katanya, semangat Saddiq yang kental demi rakyat dan negara membuatkan beliau terus kuat menyokong perjuangan anaknya.

“Syukur, Saddiq dikelilingi insan yang menyayanginya. Semangatnya bukan sekadar untuk satu kaum, tetapi untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kami sekeluarga sangat menyayangi Saddiq. Dia dibesarkan dengan didikan dan nilai yang baik. Marilah beri sokongan supaya dia dapat terus menjalankan amanahnya,” katanya lagi.

Sharifah Mahani turut menzahirkan harapan agar anaknya terus diberi kekuatan dan ruang untuk menabur bakti kepada negara.

“Sebagai ibu, saya hanya mampu mendoakan dan menyokong perjuangannya. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan. Insya-Allah, semoga Saddiq terus kuat untuk berjuang demi rakyat,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan berkaitan salah guna dana Pemuda Bersatu (Armada) selepas panel tiga hakim menerima rayuan dikemukakan pihak pembelaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022

[VIDEO] Imej Berambut Pendek Cetus Pertikaian, Daiyan Trisha Mohon Netizen Bertenang – “Itu Wig, Jangan Marah Saya”

Fuhhhhh, smart wooo! Cantiklah Daiyan rambut pendek 🤩🤩🤩 Korang rasa macam mana? Ada yang kata macam Kris Jenner 🤩

Featured Wed, 28 Dec 2022

Bekas Suami Zarina Anjoulie Berkahwin Dengan Niqabis, Netizen Puji Cantik Macam Neelofa!

Alhamdulilah, selamat pengantin baru! Semoga berbahagia selalu

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Former Japanese Footballer Takes on Sake After Retirement

Let’s join him in his journey from being the hottest footballer to a Sake entrepreneur!

Selebriti Thu, 24 Aug 2023

Mangsa Kes R*gol Pendakwah Buka Mulut, Dakwa Kehilangan Anak Sebagai Kifarah? – “Sudah Di Syurga Anakmu Wahai Si Pelaku?”

Doaku tidak akan pernah putus setiap sepertiga malam agar kau sentiasa dalam kecelakaan sehingga kata maaf dari mulutmu terucap – Individu wanita yang dipercayai mangsa r*gol pendakwah bebas.

Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] “Orang Pergi Korea Beli Skincare, Dia Beli Ulam!” – Gelagat Noor Nabila & Rosix Curi Perhatian

Kalau Bella dan Rosix dah start gelak dengan min -min sekali gelak dinosour🤣🤣🤣

Featured Tue, 2 Dec 2025

Fathia Latiff Anggap Diri Selekeh, Ramona Zam Zam Ajak ‘Workout’ Bersama – “Saya Buat Bagi You Cantik Balik”

Pelakon Fathia Latiff mencuri perhatian peminat apabila mengakui dirinya kini sudah tidak terurus dan memilik berat badan yang tidak ideal.

Trending Wed, 23 May 2018

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图,#5女生车子里真的都这样啊!

error: Content is protected !!