Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 25, 2025 @ 10:00pm

Dukes Luah Luka Terpendam Dalam ‘Bila Kau Datang Menangis’

Kumpulan muzik indie yang kian mencuri tumpuan, Dukes, tampil dengan single kelima berjudul Bila Kau Datang Menangis, sebuah karya yang mengetengahkan tema keinsafan, harga diri serta kekuatan untuk bangkit daripada hubungan yang pincang dan tidak seimbang.

Lagu yang diterbitkan di bawah label Alternate Records ini hadir dengan elemen pop rock moden yang lebih matang dan penuh jiwa.

Ia ditulis oleh Rayyan Razzaq dan Hazim Osman, manakala susunan muzik disempurnakan sendiri oleh anggota kumpulan Dukes.

“Lagu ini untuk semua yang pernah rasa jadi tempat kedua dalam hubungan. Ia bukan sekadar luahan, tapi juga satu bentuk kekuatan untuk kita belajar hargai diri sendiri. Bila dengar, kami yakin anda akan tersentuh,” kata Dukes.

Menurut mereka, proses merakam lagu ini bukan mudah kerana ia menuntut sepenuh komitmen dari aspek teknikal dan emosi.

“Lagu ini benar-benar mencabar kami. Ia paksa kami keluar dari zon selesa dan selami emosi dengan lebih dalam. Setiap bait lirik dan alunan muzik perlu disampaikan dengan keikhlasan,” jelas mereka.

Menariknya, lagu ini turut mendapat sentuhan magis Taja, anggota kumpulan Meet Uncle Hussain yang cukup dikenali dengan karya hit seperti Pokok dan Lagu Untukmu.

Kolaborasi pertama bersama Taja itu membuka ruang baharu buat Dukes bereksperimen dengan susunan muzik yang lebih segar dan berani.

“Dengan bimbingan Taja, kami dapat bentuk susunan muzik yang lebih matang dan penuh dinamika. Lagu ini juga mencerminkan sisi peribadi kami sebagai pemuzik. Ia bukan sekadar kisah cinta biasa, tapi realiti yang dekat dengan jiwa pendengar,” ujar mereka lagi.

Dukes yang dianggotai oleh Ziggy (vokal), Rayyan (gitar), Jimbo (gitar), Umar (bass) dan Cheng (dram) meletakkan harapan agar karya ini dapat menyentuh hati mereka yang sedang mencari kekuatan untuk bangkit.

Bila Kau Datang Menangis tampil bukan sekadar sebagai lagu cinta biasa, sebaliknya menjadi suara buat mereka yang pernah melalui fasa terluka, terpaksa berpura-pura kuat, dan akhirnya memilih untuk lepaskan demi kebaikan diri sendiri.

Kini boleh distrim di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Pertaruhan Lagu Paling ‘On Fire’, Dapatkah Finalis Mencuri Perhatian Juri & Penonton?

Program realiti nyanyian popular XTRA XSTAR 2025 kini semakin hampir ke penghujungnya sekali gus menandakan detik paling mendebarkan buat para finalis yang masih kekal berjuang.

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

BRONT PALARAE JADI ORANG YAHUDI?

Selepas Kejayaan filem Pengabdi Setan, nama Bront Palarae sudah tidak asing lagi dikalangan peminat Malaysia mahupun Indonesia

Trending Mon, 2 Mar 2020

“Semoga Dengan Lagu Ini Kita Bisa Menghargai Waktu Bersama Pasangan”- BCL Luah Perasaan Sayu Di Konsert Ronan Keating

Bunga Citra Lestari kembali beraksi di pentas buat kali kedua selepas hampir seminggu kehilangan sang suami. Terbaru, penyanyi itu tampil menjadi artis jemputan istimewa di Konsert Ronan Keating, BCL sempat mendedangkan beberapa lagu hitsnya seperti […]

Hiburan Wed, 17 May 2023
Trending Sat, 21 Dec 2019

Hanya Kerana Isteri Kuat Berleter, Sekeluarga Maut

Anak-anak comel tapi sayang maut juga

Trending Wed, 7 Mar 2018

Masjid Bertukar Kecoh, Terima Tetamu Tak Diundang

Tidak berakhir di situ, haiwan itu kemudian terus berlari masuk ke dalam masjid. Apa lagi, bertempiaranlah semua jemaah di situ!

Trending Wed, 17 Jul 2019

“Gotta Tapao Them All” — Every Sabahan and Sarawakian to Gardenias Before Flying Back From Peninsular

Apparently Uncle Slocumm’s recipe is considered a luxury in East Malaysia? Are the rumours trumors?

error: Content is protected !!