Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 26, 2025 @ 5:04pm

Cakra Khan Kembali Gegar Malaysia, Singapura Dengan Konsert ‘Divine’

Penyanyi tersohor Indonesia, Cakra Khan bakal mengubat rindu peminat di Malaysia menerusi konsert solo eksklusifnya, ‘Cakra Khan Divine Concert’ yang akan berlangsung pada 2 Ogos ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Bukan itu sahaja, Cakra turut menggegarkan pentas The Star Theatre, Singapura pada 18 Julai ini, sebagai memenuhi permintaan luar biasa peminat setia di republik berkenaan.

Konsert mega itu dibawakan khas oleh penganjur berpengalaman, Shiraz Projects, yang melihat ini sebagai momen tepat buat Cakra kembali menguasai pentas besar selepas sekian lama.

‘Divine’ yang menjadi tema konsert kali ini bukan sekadar nama ia melambangkan kehebatan dan perjalanan luar biasa Cakra sepanjang lebih sedekad bergelar anak seni.

Menurut Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, peminat bakal dihidangkan dengan persembahan penuh emosi, berkualiti dan menyentuh jiwa.

“Konsert ini bukan sekadar hiburan, tapi medan untuk peminat menghayati keunikan suara Cakra yang tak lapuk dek zaman. Bukan hanya lagu-lagu terbaru, tetapi juga tembang klasik yang pernah melonjakkan namanya,” katanya.

Lebih menarik, Cakra tidak bersendirian. Barisan artis undangan seperti Marsha Milan, Ade Govinda, Titi DJ, Trio XL dan Faizal Lubis bakal menambah warna dan tenaga pada malam konsert yang dijangka penuh magis itu.

Berkongsi lanjut, Cakra berkata konsert di dua lokasi ini akan menampilkan kelainan dari segi pemilihan lagu.

“Senarai lagu di Singapura tak sama dengan Malaysia. Ada lagu baharu, ada susunan semula lagu lama semuanya untuk beri pengalaman berbeza kepada penonton.

“Saya sangat beri perhatian pada susunan muzik, pencahayaan dan suasana. Saya nak penonton rasa puas dan terhibur dari awal hingga akhir,” ujarnya.

Tambahnya, pada peringkat awal, hampir 30 lagu dirancang untuk dibawa ke pentas, namun terpaksa dikurangkan demi menjaga tempoh masa persembahan.

“Saya memang suka menyanyi dan kalau boleh nak nyanyi semua lagu. Tapi saya juga kena fikir waktu habis konsert. Jadi kami tapis ikut kesesuaian,” jelasnya lagi.

Untuk peminat yang tidak mahu terlepas peluang menyaksikan persembahan penuh emosi dan bertenaga ini, tiket boleh dibeli di www.myticket.asia bagi konsert Kuala Lumpur, manakala pemegang MyKad Singapura boleh mendapatkan tiket di www.sistic.com.sg.

Harga tiket bermula serendah RM225 hingga RM1,295 di Malaysia, dan SGD128 hingga SGD248 di Singapura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Mar 2025

“Saya Tidak Buat Lagu Hanya Untuk Jadi Fenomena” – Alyph

“Saya rasa ia sangat tidak menghormati kerjaya seni berdasarkan apa yang saya cuba lakukan” – Alyph

Featured Wed, 3 Jun 2026

Sambut Ulang Tahun & Anniversary Ke-13 Serentak, Izzue Islam Terima Hadiah Kereta Dari Isteri Tercinta

Izzue Islam mencuri perhatian apabila diraikan dalam sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahirannya dan juga ulang tahun perkahwinannya yang ke-13  bersama isteri tercinta, Awin Nurin.

Trending Tue, 28 Aug 2018

看过鳄鱼与长颈鹿的生活?会发现你的人生一点都不难

如果你觉得对生活很厌世的话,那你一定要看看这本日本插画家Keigo所绘制的新书!看完之后你觉得其实自己的人生还算好过……

Trending Tue, 2 Feb 2021
Featured Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Thu, 21 Nov 2019

“I Suka You Buncit” – Linda Rafar Larang Suami Diet

Korang suka yang buncit ke yang sado??

Trending Mon, 18 Apr 2022

“Saya Tidak Didatangi Oleh Sesiapa…” – Debat Najib & Anwar Tidak Ada Libatkan Kerajaan, Kata Menteri K-KOMM

Debat Najib dan Anwar yang dikatakan berlangsung pada 12 Mei tiada penglibatan daripada kerajaan.

Events Fri, 26 May 2023

Sold Out! Bawa Rizky Febian & Mahalini, Konsert Rossa Another Journey : The Beginning Ditambah 1 Malam Lagi

Belum puas mungkin kata yang paling sesuai digambarkan untuk penyanyi Datuk Rossa apabila dia bakal kembali ke Malaysia dalam siri konsertnya yang baru berjudul Another Journey : The Beginning yang akan berlangsung di Zepp, Kuala […]

error: Content is protected !!