Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 21, 2025 @ 5:32pm

“Saya Tidak Buat Lagu Hanya Untuk Jadi Fenomena” – Alyph

Penyanyi popular menerusi lagu Swipe, Alyph tidak mencipta lagu hanya sekadar mahu naskhah nya itu menjadi viral.

Katanya ketika ditemui XTRA, tindakan sedemikian dianggap sebagai tidak menghormati lagu tersebut.

“Secara jujurnya lagu Swipe tidak dibuat untuk menjadi fenomena. Itu adalah mentaliti saya daripada mula berkarya. Saya tidak pernah ada mentaliti dan pemikiran itu di dalam studio (ketika mencipta lagu).

“Saya rasa ia sangat tidak menghormati kerjaya seni berdasarkan apa yang saya cuba lakukan,” ulasnya.

Alyph atau nama penuhnya, Alif Abdullah, 36, berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Alyph dan HotFM di Banyan Cafe & Bistro, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambahnya, kejayaan sesebuah lagu  adalah diluar bidang kuasanya dek kerana ia bergantung kepada permintaan pendengar.

“Ada banyak perbezaan tahap penerimaan orang ramai. Kakau lagu itu viral sebenarnya terpulang kepada pendengar, bukan kerja saya.

“Dan, sudah semestinya pemasaran (pihak agensi) akan sokong kalau ada yang guna lagu (cipta tarian trending).

“Malah lagu Swipe, benda tu jadi (viral) baru saya macam berfikir nak kena buat apa.

“Jadi album The Storm pun saya punya mentaliti dalam studio standard masih sama. Saya fokus terhadap apa yang nak disampaikan seperti mesej, perasaan selain nak mencabar diri dalam industri muzik,” katanya.

Mengulas lanjut, anak muda asal Singapura ini berkata, dia tidak bersetuju sekiranya ada penyanyi yang memilih untuk bertukar genre semata-mata mahu lagu mereka menjadi popular.

“Contoh sewaktu genre balada tengah hit, jadi kalau buat baru lagu jadi hit.

“Saya tengok stail sekarang rakan-rakan artis yang buat lagu rock atau pop kemudian cuba hasilkan lagu balada sebab semua orang cakap bakal jadi hit.

“Saya tidak suka seperti itu sebab tidak semestinya kita perlu bertukar genre,” jelasnya.

Terdahulu, lagu Swipe ternyata mendapat tempat dihati peminat apabila lagu tersebut sudah didengar lebih 13 juta kali menerusi platform Spotify.

Dalam perkembangan lain, Alyph turut muncul dengan album baharu berjudul The Storm yang dilancarkan pada Januari lalu.

Album tersebut memuatkan 12 buah lagu yang kesemuanya dicipta sendiri oleh penyanyi berkenaan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 7 May 2021

Penerbit Kurang Setuju Ambil Instafamous Jadi Pelakon

Penerbit Jaja Ishak kurang bersetuju dengan trend pemilihan selebriti media sosial (influencer) sebagai pelakon. Menurut Jaja, ramai lagi pelakon berbakat yang boleh diketengahkan dalam karya terbitannya. “Saya bukan menentang, tapi saya kurang bersetuju dengan trend […]

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

#daiTV3 : Pentas Pendakwah Nusantara Semakin Panas Pada Minggu Ini!

Minggu ke-8 kali ini pastinya semakin sengit apabila peserta pendakwah nusantara kita semakin hebat dan semakin berani dalam melontarkan idea-idea mereka. Dengan tema Bila Hati Berbicara agaknya apakah kelainan yang bakal persembahkan oleh mereka pada […]

Trending Thu, 25 Aug 2022

Konsert Terakhir Sebelum Pembedahan, Zamani Tak Raih Simpati

Penyanyi popular, Zamani, 51, memberitahu dia bukanlah mahu meraih simpati peminat malah berusaha mencari dana sendiri sebagai ikhtiar membiayai kos pembedahan penyakit skoliosis (tulang belakang bengkok) yang dihidapinya. Bakal mengadakan Konsert Doa Buat Zamani Unplugged […]

Hiburan Wed, 5 Jun 2019
Events Fri, 19 Oct 2018
error: Content is protected !!