Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2025 @ 2:56pm

Kieran Kembali ke Konti, Bawa Misi Harapan dan Inspirasi di Kool 101

Penyampai radio berpengalaman, Maskiran Jakiran atau lebih dikenali sebagai Kieran, kini kembali menghangatkan corong radio menerusi segmen terbaharu Kieran on Kool 101.

Namun kali ini, kehadirannya bukan sekadar untuk menghibur, sebaliknya membawa misi lebih bermakna iaitu menyebarkan harapan, inspirasi dan kekuatan melalui kisah perjuangan hidup, khususnya sebagai seorang pejuang kanser.

Segmen ini bersiaran setiap Rabu, jam 10 pagi hingga 11 pagi dan mengetengahkan kisah benar yang menyentuh emosi, bukan hanya daripada Kieran sendiri, tetapi juga daripada para tetamu dan pendengar yang sudi berkongsi perjalanan hidup mereka.

Setiap episod membawa tema ketabahan, pemulihan dan harapan, menjadikannya lebih daripada sekadar hiburan serta menjadi ruang penyembuhan dan sokongan komuniti.

Menurut Kieran, penglibatannya kali ini lahir daripada rasa tanggungjawab untuk berkongsi serta mendengar kisah insan lain yang berjuang dalam kehidupan.

“Kembalinya saya ke radio bukan sekadar untuk melepaskan rindu ke udara selepas hampir 10 tahun… Saya ingin bersama pendengar Kool 101 berkongsi kisah hidup saya.

“Saya juga menjadi telinga yang mendengar cerita mereka. Kita bersama-sama mengharungi kepayahan hidup bersama-sama,” katanya.

Segmen Kieran on Kool 101 turut mengalu-alukan penyertaan pesakit, penjaga, pakar dan orang awam yang ingin menyumbang cerita atau mendapatkan sokongan.

Di sebalik penyampaian santai dan bersahaja, program ini memupuk rasa empati, kasih sayang dan pemahaman terhadap perjuangan sesama manusia.

Ketua Kandungan Kool 101, Ainul Farhana menyifatkan kehadiran Kieran bukan sahaja menyegarkan konti, malah memperluas peranan radio sebagai wadah perjuangan dan harapan.

“Kehadiran Kieran bukan sahaja menyegarkan konti Kool 101, malah memberi dimensi baharu kepada radio sebagai ruang untuk perjuangan dan harapan.

“Kami percaya suara Kieran akan memberi kekuatan bukan sahaja kepada pesakit kanser, tetapi kepada semua yang sedang bertarung dengan hidup,” jelasnya.

Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kool 101 dalam menyampaikan kandungan sosial yang relevan dan menyentuh hati rakyat.

Stesen ini yang boleh didengari di seluruh negara melalui pelbagai frekuensi serta platform digital, terus menjadi pilihan pendengar yang dahagakan inspirasi, informasi dan hiburan yang bermakna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Negeri Selangor Larang Adakan Kenduri Kahwin

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) telah mengeluarkan arahan untuk tidak mengadakan sebarang kenduri kahwin  atau majlis keramaian di negeri itu, selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara berhubungan dengan […]

Trending Sun, 6 Dec 2020

Gantikan Judika Di SFMM35, Afif Tirmizie Kini Muncul Dengan Single Maaf

Ni identiti lelaki yang gantikan Judika masa SFMM25 hari tu!

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Ramai Yang Nak Jadi Menantu Jasmin Hamid, Dah Kenapa??

Kacaknya anak bujang pelakon ini dimana tular sudah gambarnya dan ada yang pasang angan-angan untuk menjadi bakal menantu !!

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Sun, 27 May 2018

Projector Band Sudah Tidak Laku?

Fenomena ‘one hit wonder’ sememangnya sering menghantui anak seni terutamanya penyanyi. Apakah populariti sekelip mata pernah diraih Projector Band menerusi single Sudah Ku Tahu pada 2016 kian pudar?

Hiburan Thu, 13 Feb 2025
error: Content is protected !!