Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 28, 2024 @ 3:09pm

Didakwa Sharnaaz & Amelia Putus Cinta, Noor Nabila Tak Mahu Masuk Campur – “Kita Tak Boleh Nak Melawan Takdir”

Usahawan dan kakak kepada Neelofa iaiatu Noor Nabila tidak mahu campur urusan hubungan bekas suaminya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie.

Memetik laporan Harian Metro, Nabila bagaimanapun sentiasa mendoakan jodoh yang terbaik buat kedua-duanya.

Menurutnya, dia masih menghubungi Amelia dan sudah menganggap pelakon Alice Kampung Baru itu seperti keluarganya.

“Bab ‘percintaan’ Sharnaaz dan Amelia, saya tak masuk campur. Bagi saya, kalau mereka tiada jodoh, nak buat macam mana, kita tak boleh nak melawan takdir kan.

“Cuma saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka sama ada mereka bersama atau pun tidak.

“Lagipun sekarang ini, Jayden memang lebihkan Amelia. Semua hal dia nak kongsi dengan Amelia dan kami ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri,” katanya.

Sementara itu, Nabila mengaku selesa berkawan dengan Amelia serta membenarkan wanita itu rapat dengan Jayden kerana sifatnya yang baik dan menghormati orang lain.

“Kali pertama saya bertemu dengan Amelia sekitar hujung tahun lalu. Ketika itu kami terbabit dengan sebuah penggambaran untuk satu jenama makanan.

“Terus terang, saya suka cara dia bawa diri dan dia sangat menghormati orang. Sejak itu kami berhubung dan pergi bercuti bersama-sama di Jepun.

“Masa bercuti kami jadi makin rapat sebab saya berpeluang untuk kenal dia lebih dekat. Orang kata kalau kita nak kenal orang kena pergi ‘travel’ bersama baru kenal perangai orang.

“Jadi secara tak langsung saya boleh nampak keikhlasan dia, cara dia layan orang sekeliling selain pandai bawa diri hingga saya dah anggap dia macam adik sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Sharnaaz enggan memberikan sebarang komen berhubung hubungannya dengan Amelia yang didakwa sudah putus gara-gara tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Unfollow Di Instagram? Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad Mengenai Status Hubungan Dengan Amelia Christie

Sebelum ini, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan.

Spekulasi itu semakin jelas apabila Sharnaaz bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan Nabila pada tahun lalu.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Siti Khadijah Halim Mahu Ambil Tindakan Saman Pemfitnah, Berang Foto Disunting Guna AI Bersama Daddy Ash

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengganggu reputasi, malah memberi tekanan

Trending Wed, 7 Apr 2021

Dipilih Sebagai Duta Projek, Patung Ejen Ali & Alicia Dipamer di River of Life

Patung figura animasi popular, Ejen Ali dan Alicia mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi yang pertama dipamerkan di lokasi tarikan pelancongan terkemuka River of Life (RoL) yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur bermula 4 April […]

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Lagu Terbaharu Zulin Aziz Kini No 1 Trending!

Jodoh itu tidak pernah salah alamat kan

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Selamat Pengantin Baharu, Kak Lina Pom Pom!

Featured Sat, 24 May 2025

Pempengaruh Ditahan Polis Hantar Mesej L*cah Pada Remaja Bawah Umur

Lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap bagi membantu siasatan.

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

El Putra Sarira ‘Ditemui’ Selepas Tular Nyanyi Bersama Lyodra, Nicholas Saputra Restu Pewaris Rangga

El Putra Sarira nyanyi bersama Lyodra terus diangkat jadi bintang filem Rangga Cinta

error: Content is protected !!