Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 11:55am

“Kalau Nampak Pakai Cantik-Cantik Itu Semua Suami Saya Pilih & Belikan – Intan Najuwa Puji Sikap ‘Perfectionist’ Pasangan

Aktres jelita, Datin Intan Najuwa mencuri perhatian netizen apabila berkongsi sisi romantik suaminya yang sanggup lakukan macam-macam demi memastikan keperluannya sebagai isteri tercinta cukup lengkap dan sempurna.

Menerusi satu hantaran di Threads, Intan berkongsi sejak hari pertama perkahwinan, suaminya banyak membantu dalam memilih barangan keperluan serta aksesori buat dirinya termasuk beg tangan berjenama.

Intan juga meluahkan rasa syukur suaminya sanggup lakukan apa sahaja demi keselesaan dirinya termasuk bawa keliling dunia untuk beli barang semasa dia sedang hamil anak pertama mereka.

“Sejak hari pertama, dia yang beli dan pilih semua benda cantik-cantik untuk saya. Masa saya mengandung, dia bawa saya keliling dunia semata-mata nak siapkan semua benda,” tulisnya.

Menurut Intan, suaminya seorang yang sangat ‘perfectionist’ dan mahu semua perkara kelihatan sempurna

“Suami saya sangat perfectionist, dia mahu semuanya nampak cantik, seolah-olah sedang mengatur dunia impian untuk kami. Saya dan Lunaria kini sedang hidup dalam dunia yang dia bina penuh kasih sayang,” katanya.

Menarik perhatian ramai, Intan turut berkongsi semua beg dan barangan mewah yang dimilikinya adalah pilihan suaminya sendiri.

“Kalau nampak saya pakai cantik-cantik tu, semua tu suami saya pilih dan belikan,” katanya sambil berseloroh mengucapkan pujian kepada suaminya.

Perkongsian Intan itu nyata mendapat perhatian netizen yang memuji keprihatinan dan sikap penyayang suaminya yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi kebahagiaan keluarga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Jun 2018

Boikot Piala Dunia 2018, Australia Akhirnya Tarik Diri!

Australia sebelum ini sering memprotes Rusia berhubung pencabulan hak asasi manusia dan kerana melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk pencabulan Crimea dari Ukraine pada 2014.

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Ara Johari Selesa Dengan Rambut Pendek

Ara Johari mengakui belum bercadang untuk tampil dengan imej berambut panjang.

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

PAW Patrol Live Di Istana Budaya 29 November- 2 Disember 2018

Pementasan ini akan berlangsung selama 1 jam 30 minit termasuk dua ‘acts’ dan ‘intermission’, dengan menggabungkan pendekatan kostum yang inovatif untuk membantu membawa watak-watak PAW Patrol!

Featured Wed, 26 Mar 2025

“Saya Akan Terus Belajar Dari Dugaan Ini” – Lantikan Aaron Aziz Sebagai Pengarah Pemasaran Agensi Umrah Ditamatkan

keputusan itu dibuat hasil perbincangan secara terbuka dan profesional antara pihak syarikat dan aktor itu.

Featured Thu, 7 Sep 2023
Trending Sat, 1 Aug 2020
Featured Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Sun, 5 Dec 2021

Siti Nordiana, Iman Troye, Noraniza Idris & Bunga Antara 10 Terakhir Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 – Jom Semak SENARAI LENGKAP 30 Lagu Yang Layak!

Selepas 10 lagu pertama diumumkan pada 21 November lalu dan 10 lagi lagu diumumkan pada 28 November lepas, 10 lagu terakhir yang mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diumumkan sebentar tadi. Berakhirlah sudah […]

Trending Wed, 9 Oct 2019

Lazada Plans to Take VR and AR into Its New Retail Experience, Soon

In the future, shopping at Lazada will not be just a mere activity; it’ll become an EXPERIENCE!

error: Content is protected !!