Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 4:46pm

Yasin Makin Sihat & Berisi, Peminat Lega Lihat Perubahan Positif

Penyanyi dan komposer tersohor, Yasin Sulaiman, 50, yang kini menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, Perak, mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan penampilan yang semakin sihat dan berisi.

Berbeza dengan keadaannya ketika ditahan di penjara sebelum ini, Yasin kini kelihatan lebih ceria dan bertenaga, sekali gus mengundang rasa syukur dalam kalangan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan dirinya.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, menerusi satu hantaran di Instagram selepas beliau berkesempatan menziarahi penyanyi lagu Mimpi Laila itu semalam.

“Diberi kesempatan menziarahi sahabat dan pejuang seni, saudara Yasin Sulaiman yang kini ditempatkan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan,” tulisnya ringkas.

Dalam perkongsian sama, Kamil turut menitipkan bait-bait lirik lagu Sepi Perantau, antara karya ikonik Yasin bersama kumpulan Brothers, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan seninya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamil Munim (@kamilmunim)

Difahamkan, kunjungan tersebut dilakukan selepas Kamil menghadiri beberapa program komuniti di kawasan Parlimen Tambun, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Yasin pernah kehilangan berat badan sebanyak 18 kilogram ketika menjalani hukuman penjara bermula November 2022 akibat menghidap penyakit tiroid.

Malah, abangnya Zain Sulaiman pernah mendedahkan keadaan Yasin yang terlalu kurus ketika itu sehingga kelihatan rangka tubuhnya.

Untuk rekod, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November 2023 membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan berkaitan dadah.

Namun pada Ogos 2024, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan berkenaan.

Walau bagaimanapun, pada 28 April lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya membuat keputusan melegakan apabila mengekalkan pembebasan Yasin daripada pertuduhan terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Dituduh Penipu, Ini Jawapan Win Daiyan Trisha

Menggunakan konsep perkahwinan dalam single terbaharunya, Langit telah mencetus pelbagai kontroversi. Ini jawapan Daiyan Trisha kepada netizen……

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Amylea Panik Sebab AJL33?

All the best buat Amylea dan Kaer di pentas AJL33 nanti!

Hiburan Mon, 27 Nov 2017

Lan Kristal Umum Undur Diri,

Lan Kristal Umum Undur Diri, Harap Rakan Band Hormati Keputusannya

Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Fri, 13 Jan 2023

“Ready To Fight” – Zahid Hamidi Sahut Cabaran Khairy Jamaludin?

Ucapan ringkas ‘ready to fight’ yang diucapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika bersalaman dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa hadir pada Perhimpunan Agong UMNO 2022 (PAU2022) […]

Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Qistina Raisah Kongsi Pengalaman Dengan Lelaki ‘Insecure’ – “Dia Akan Kongkong You Sampai Jadi Toxic!”

Tular sebuah video yang dikongsikan pelakon Qistina Raisah di TikTok mengenai perhubungan toksik. Menerusi hantaran tersebut, Qistina berkongsi pengalaman bercinta dan turut meminta wanita di luar sana untuk mengelakkan diri bercinta dengan lelaki yang mempunyai […]

error: Content is protected !!