Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal November 27, 2017 @ 1:00pm

Lan Kristal Umum Undur Diri,

Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, ataupun lebih dikenali sebagai Lan Kristal ternyta tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan hasratnya yang mahu mengundur diri daripada kumpulan Kristal susulan kemelut yang timbul antara dirinya dengan anggota lain kumpulan tersebut.

 dia berat hati untuk membuat keputusan tersebut, namun menganggap undur diri adalah jalan terbaik.

“Saya mohon maaf saya tak pernah buat hal dalam industri.

“Saya rasa sangat sedih dan saya sayangkan band saya, Kristal.

“Dengan rasminya, depan semua orang. Memang saya mohon untuk undur diri, lebih baik,”katanya.

Ujarnya lagi, dia sebelum ini tidak pernah pun menyuarakan apa-apa jika ada anggota kumpulannya yang membuat sesuatu tanpa merujuk kepada ahli kumpulan yang lain kerana menganggap ianya adalah rezeki masing-masing.

“Saya hanya rancang nak buat projek solo, tak pernah ada rasa langsung saya kata nak tinggalkan Kristal.

“Lagipun itu adalah projek sampingan, saya teringin untuk mencuba benda baru di samping mencari rezeki lebih untuk keluarga bukan bermaksud tinggalkan Kristal.

“Lagipun bukan saya saja, malah ada juga anggota lain yang buat projek solo.

“Selama ini saya mendiamkan diri dan tak kisah pun jika menjadi ahli terakhir yang tahu tentang projek solo mereka.

“Sebab sebelum ini, kebiasaannya apabila mereka mahu lakukan sesuatu, memang tiada apa-apa perbincangan dan persetujuan secara rasminya.

“Jadi apabila saya menyuarakan tentang projek solo mengapa saya yang dipersalahkan?

“Tapi tak mengapalah, kalau saya yang sertai rancangan realiti baru sebulan ini dituduh tunggul dalam satu kenyataan mereka, maka saya dah 18 tahun jadi tunggul dalam Kristal,” katanya lagi.

Lan pada masa yang sama turut berharap agar tiga rakannya dalam Kristal iaitu Rody, Kechiq dan Acap menghormati keputusannya itu.

”Saya harap mereka hormati keputusan ini dan kepada para peminat, teruskan menyokong saya yang bergerak secara solo selepas ini dan kawan-kawan saya dalam Kristal,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Sat, 16 Dec 2017

WESTLIFE WILL BE HAVING A REUNION IN 2018, BUT THERE’S A TWIST

Westlife fans must be going crazy at this news right now but hold your horses, because it won’t be a full reunion!

Hiburan Mon, 3 Dec 2018
Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Hati Aqish Tak Pernah Berbelah Bahagi Bersama Kak Fazura, Terima Kasih” – Puteri Balqis

Fazura memberi pesanan kepada Aqish untuk yakin bahawa Allah ada membantu

Hiburan Mon, 2 Oct 2023
Featured Mon, 31 Jan 2022
Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Anna Jobling Dedah 4 Rahsia – “Saya Seorang Penyelam..”

Fulamakkk, penyelam tau gais 🤩🤩 Hebatnya Anna nii 🤩🤩

Featured Tue, 15 Apr 2025

Tomok Sambung Master Di UPSI, Janji Buat Yang Terbaik – “Selalu Ayah & Ibu Hantar Anak-Anak, Ni Terbalik Pula”

Tomok mendaftarkan diri secara sepenuh masa dalam bidang Muzik Dan Seni Persembahan.

error: Content is protected !!