Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 28, 2025 @ 11:58am

Miliki Sifat Dominan, Scha Al-Yahya Mengaku Sangat Garang Dengan Anak-Anak – “Saya Lebih Tegas, Berdikari & Berdisiplin”

Pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya mengakui dia adalah seorang yang memiliki sifat dominan dan berpegang pada rasional.

Kata Scha atau nama penuhnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 42,  meskipun dia seorang yang dominan namun, dia juga perlu bijak meletakkan dirinya ketika bersama suaminya, Awal Ashaari yang juga seorang yang memiliki sifat dominan.

“Anak nombor dua awak tahu macam mana kan? Mereka ada own character, berdikari. Orang kata saya ni very dominan. Ya, saya memang dominan in certain areas dalam hidup saya tapi saya tahu dekat mana untuk saya letakkan diri saya terutama sekali bila saya dengan Awal.

“Awal lagi orangnya dominan, saya pun dominan… tapi kita kena tahu dekat mana tempat kita,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Scha juga memaklumkan, dia seorang yang garang dan sangat berdisiplin terutamanya dengan dua orang anak perempuannya, Lara Alana dan Lila Amina.

“Dan saya orangnya sangat garang dengan anak-anak. Saya seorang berdisiplin dan seorang yang sangat rasional. Senang adapt.

“Dulu saya rasa nak marah sahaja, tak sabar… tapi sekarang saya lebih tenang. Mungkin sebab faktor umur,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Mar 2022
Trending Fri, 16 Jul 2021

PEMULIH: Jom Semak Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP!

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Anda mesti tak ketinggalan mendengar pembentangan tu kan? Kalau […]

Featured Wed, 15 Apr 2020

Pelakon Avengers bantu BeautyUnited sumbang dana perangi COVID-19

Pengasas jenama kecantikan AS bersatu taja PPE

Sihat Wed, 25 Sep 2019

3 senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah ketika jerebu

Senaman ringkas, tapi impak luar biasa

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

Hiburan Tue, 5 Aug 2025

Gosip Cinta Kembali Panas… DJ Kidd, Emma Maembong Dipuji Sepadan

Emma Maembong, DJ Kidd kembali curi perhatian ramai selepas hadir ke AMT2025

Events Tue, 23 Apr 2019
error: Content is protected !!