Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 11:18am

[VIDEO] “Daddy Dah Tak Suka Saya…” – Luahan Maryam Anak Fizo Omar Cetus Perbincangan Warganet

“Sebab daddy tak suka saya…”

Luahan jujur anak sulung kepada pelakon kacak Fizo Omar, iaitu Wan Maryam, kini menjadi bualan hangat netizen selepas video berdurasi pendek itu tular di TikTok.

Menerusi rakaman tersebut, Maryam hasil perkahwinan Fizo bersama bekas isteri, usahawan Mawar Karim dilihat menyuarakan rasa kecewa dan seperti memendam perasaan terhadap layanan bapanya yang kini mempunyai lebih ramai anak.

“You got a lot of kids. But your first daughter thinks that you don’t like her anymore,” luah Maryam.

Apa yang lebih mengundang simpati, Mawar yang berada di sebelah Maryam terus memberi isyarat ‘senyap’ kepada anaknya sejurus mendengar kata-kata tersebut.

Walaupun nada Maryam bersahaja, namun mesej yang disampaikan cukup meruntun hati.

Rata-rata netizen mengakui sebak dan menganggap si kecil itu sedang bergelut dengan rasa tersisih, lebih-lebih lagi selepas bapanya kini bahagia dengan keluarga baharu.

Ramai yang turut menitipkan harapan agar Fizo lebih peka dan memberi perhatian adil kepada semua anak-anaknya, tidak kira daripada perkahwinan pertama atau kedua.

Malah, ada juga yang meminta Mawar dan Fizo untuk duduk berbincang agar emosi Maryam tidak terus terganggu hanya kerana konflik dewasa.

@xtra_my

‘You got a lot of kids. But your first daughter thinks that you don’t like her anymore’ luah Maryam, anak Fizo Omar 🥹 #xtramy #xtratonton #fizoomar #maryam #mawarkarim

♬ original sound – XTRA – XTRA

Setakat ini, Fizo masih belum tampil mengulas mengenai video yang semakin mendapat perhatian ramai itu.

Sekadar info, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 39, pernah mendirikan rumah tangga dengan Mawar pada November 2013 dan dikurniakan seorang anak sebelum bercerai pada 2019.

Fizo kemudian berkahwin semula dengan wanita pilihannya, Fazeera Nazri, pada Oktober 2021 dan kini bahagia dengan dua cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

侧田331来马为演唱会造势

号外!号外!侧田将会提前来马为《Chapter Free》演唱会马来西亚站造势!让我们一起在演唱会前夕与他练习全体大合唱,感动全场!

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

出道30载赵氏经典情歌!赵传1019云顶再现

台湾流行音乐歌坛常青树赵传将于2019年10月19日重登云顶云星剧场,为歌迷带来赵传《老男孩》云顶演唱会2019。

Featured Thu, 26 Jan 2023

Mohon Doa Peminat, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Tunai Umrah

Penyanyi terkenal, Zizi Kirana bersama suami, pelakon Yusuf Bahrin berangkat ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah.   View this post on Instagram   A post shared by KIRANA (@zizi_kirana) Menerusi hantaran Zizi di laman Instagram […]

Featured Thu, 28 Oct 2021

Pemuda Bertindak Menjual Diri Untuk Lari Dari Kemiskinan

Polis agama Islam di utara Nigeria telah menahan seorang lelaki yang menjual dirinya untuk melarikan diri dari kemiskinan. Aliyu Idris, 26, ditahan polis di Kano selepas ternampak gambarnya di media sosial memegang plakad menunjukkan dirinya […]

Hiburan Thu, 23 May 2019

Anak Sharnaaz Ahmad Selamat Jalani Pembedahan

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Terima kasih semoga Allah balas dengan beribu kebaikan dan pahala buat anda semua.

Hiburan Thu, 19 Sep 2024

Individu Dedah Sikap Fattah Amin Seorang ‘Introvert’, Baik Hati… – “Dia Suka Layan Anak, Tak Reti Berparti” 

Baik hati dan disayangi ramai kan Fattah.. Kita doakan yang terbaik untuk rumah tangga dengan Fazura

Hiburan Fri, 22 Sep 2023

Sudah Mula Bekerja, Keadaan Jasmin Hamid Bertambah Baik Selepas Pembedahan

Alhamdulillah, semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya

Trending Sat, 22 Feb 2025
Events Fri, 7 Mar 2025
error: Content is protected !!