Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 30, 2025 @ 7:00pm

2 Pusat Kursus Kahwin Dipercayai Ramai Bergabung Adakan Pameran Lengkap Untuk Bakal Mempelai, ‘Dunia Pengantin Expo’ Tawar Hadiah Kahwin Percuma!

Ada berita gembira buat semua bakal pengantin! Kalau selama ramai yang pening nak cari pakej kahwin, pelamin, photographer dan kursus kahwin berasingan, Dunia Pengantin Expo mungkin jawapan paling praktikal untuk anda!

Berlangsung selama tiga hari sahaja dari 26 hingga 28 September 2025 di Shah Alam Convention Centre (SACC), expo ini bukan calang-calang. Ia merupakan hasil gabungan dua pusat kursus kahwin paling senior dan dipercayai di Kuala Lumpur iaitu Kursus Kahwin Kak Ana dan Kursus Kahwin WEP yang sememangnya dah lebih 20 tahun membimbing pasangan ke alam rumah tangga.

Apa yang membuatkan expo ni lain daripada yang lain? Ia bukan sekadar pameran semata. Dunia Pengantin Expo adalah platform jangka panjang selama enam bulan, bermula Julai sehingga Disember 2025 di mana vendor serta pasangan bakal pengantin akan terus berinteraksi dan berhubung melalui rangkaian kursus kahwin aktif yang menghimpunkan lebih 1,000 peserta setiap bulan.

Setiap vendor akan dapat exposure secara konsisten dan bakal pengantin pula akan dapat info dan peluang buat tempahan dengan vendor yang mereka dah jumpa, bukan sekadar ‘tengok-tengok’!

“Kami nak buat pameran yang lebih realistik, bukan hanya cantik dan viral, tapi praktikal dan membantu pasangan yang bakal membina rumah tangga bersedia dari segi ilmu, emosi dan bajet,” kata Mohamad Anwar Fauzi selaku pengarah Dunia Pengantin Expo.

Antara vendor yang bakal menghiasi expo ini termasuklah pelamin, jurufoto, perancang majlis, barangan kemas, doorgift, katering dan banyak lagi. Jadi memang sesuai sangat untuk pasangan yang baru nak mula merancang atau pun tengah cari pakej last minute!

Sementara itu, wakil Komunikasi Korporat Dunia Pengantin Expo, Izah Nursabrina Aznishah, turut berkongsi expo ini akan menjadi platform kolaborasi vendor dan pengantin yang lebih dekat dan mesra.

“Kita nak bawa satu vibe baru dalam dunia pameran kahwin, bukan sekadar ‘window shopping’, tapi tempat untuk betul-betul connect dan buat keputusan.

“Kami juga berbeza berbanding yang lain kerana kami menyediakan hadiah utama cabutan bertuah yang paling menarik iaitu tajaan majlis perkahwinan,” jelasnya.

Kemasukan ke expo ini adalah percuma dan ia dibuka kepada umum dari jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari berlangsung di SACC. Jadi mereka boleh datang bersama pasangan atau keluarga untuk merasai sendiri pengalaman ini, berkenalan dengan vendor-vendor terbaik, serta mendapatkan inspirasi untuk hari bahagia anda nanti.

Untuk yang berminat hadir ke majlis pelancaran atau menyertai expo sebagai vendor, anda boleh hubungi pihak penganjur di 018-3980642.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Mon, 8 Sep 2025
Trending Fri, 2 Nov 2018

Bajet 2019: Bayaran Khas RM500 Pada Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Bayaran Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Kisah Viral Tue, 4 Feb 2025

The Vocket Lancar Kempen ‘Jadi Buddy, Bukan Buli’, Mangsa Boleh Kongsi Pengalaman Secara Rahsia Di Kotak Luahan Hati

The Vocket lancar kempen Jadi Buddy Bukan Buli, inisiatif selamat untuk mangsa luah hati

Hiburan Sat, 13 Dec 2025

Kostum Filem Duyung Dikritik, Maya Karin Tampil Beri Penjelasan

Maya turut memaklumkan pengarah filem berkenaan memberi perhatian terhadap penggunaan warna semula jadi laut

Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Trending Mon, 26 Feb 2018

Resepsi Fairy Tale #fattzura. And They Live Happily Ever After…

Setelah bergelar suami isteri selama tiga bulan, pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura diraikan dalam satu majlis resepsi penuh romantis bertemakan ‘Fairy Tale’.

error: Content is protected !!