Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 8:27pm

Amira Othman Hayati Derita Wanita Terluka Menerusi Lagu ‘Dalam Sujudku’

Selepas mencipta kejayaan menerusi lagu-lagu balada dan kerohanian yang menyentuh jiwa, penyanyi, Amira Othman, kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Dalam Sujudku

Karya ciptaan komposer prolifik, Farouk Roman, dengan nukilan lirik oleh Senna itu membawa pendengar menyusuri kisah pilu seorang insan yang terperangkap dalam hubungan toksik.

Biarpun dihimpit luka dan penderitaan, dia tetap menaruh harapan dan tidak putus memanjatkan doa kepada Ilahi.

Ketika diminta mengulas sambutan yang diterima, Amira akui terharu dan tidak menyangka lagu tersebut mendapat reaksi positif daripada peminat.

“Saya sendiri tak jangka sambutannya. Mungkin juga lagu ini tumpang populariti drama yang menggunakan lagu ini sebagai runut bunyi. Tapi jujurnya, Dalam Sujudku amat dekat dengan diri saya. Melodinya yang mendayu-dayu memudahkan saya untuk menyelami setiap bait lirik dan memberikan penghayatan yang tulus. Memang jiwa saya cenderung kepada lagu balada perlahan seperti ini,” katanya.

Lebih daripada sekadar lagu ost untuk sebuah drama popular, Dalam Sujudku juga disifatkan sebagai suara batin seorang wanita yang terluka namun tetap teguh menyerahkan segalanya kepada takdir dan terus meletakkan harapan pada Yang Maha Esa.

Artikel Berkaitan: Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Lelaki Paling Rapat

Artikel Berkaitan: Amira Othman Bakal Adakan Showcase Pertama Selepas ‘Dilamar’ Pihak Pengurusan Fattah Amin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Trending Mon, 20 Nov 2017

Tikam, Kelar Dan Rentap Rahim Sahabat Baik Sedang Hamil 8 Bulan

Tergamak tikam. kelar dan rentap rahim kawan yang sedang mengandung 8 bulan , apa dah nak jadi ni

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Sun, 20 Mar 2022

Pelaksanaan Mahkamah Syariah Untuk Beku Akaun Suami Jika Gagal Bayar Nafkah Disokong Ramai

Sempena Hari Wanita 2022, terdapat enam lagi inisiatif yang diumumkan oleh pihak kerajaan.. Klik link untuk baca artikel penuh! 😉

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah […]

Featured Tue, 21 Apr 2026

Siti Nurhaliza Selalu Sokong Peniaga Tempatan, Aazief Khalid Komen: “Mak Iti Memang Rajin Beli Makanan”

Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian warganet apabila didakwa aktif membeli makanan daripada peniaga tempatan menerusi platform Threads sejak kebelakangan ini.

Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Featured Tue, 16 Jul 2024

“Bukan Suka-Suka Saya Buka” – Shima ‘Teringin’ Perjelas Alami Migrain Teruk Punca Tanggal Tudung

“Saya tak ambil peduli pun dengan kecaman. Nak kecam, kecamlah. Saya bukan budak lagi. Saya tak makan dek kecaman, tak berkudis pun,” – Shima

error: Content is protected !!