Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 8:28pm

[VIDEO] Siti Nurhaliza ‘Berehat’ Selepas Konsert Julai, Album Tradisional Bakal Dilancarkan Hujung Tahun

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dirinya akan berehat daripada sebarang konsert selepas pementasan solonya yang dijadual berlangsung pada Julai.

Mengulas lebih lanjut, Siti berkata keputusan tersebut diambil bagi memberi tumpuan penuh terhadap pembikinan album tradisional terbaharunya.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh penyanyi kesayangan ramai itu dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.

“Selepas konsert bulan Julai ini adakah saya akan berehat? Iya, betul. Saya berehat untuk menyiapkan lagi album tradisional. Tahun ini konsert solo saya hanya akan berlaku pada bulan Julai sahaja. Kalau nak tengok lagi mungkin tahun depan atau tahun satu lagi,” ujarnya.

Menurut pelantun lagu popular Aku Bidadari Syurgamu itu lagi, album tradisional berkenaan dijangka dilancarkan pada penghujung Disember tahun ini.

“Sebab saya memang kena siapkan projek album tradisional saya yang akan keluar pada hujung bulan 12. Insya-Allah,” katanya.

@hazim.0271

tak sabar album tradisional hujung bulan 12 ni.. #sitizoner #arenaofstars #gentinghighlands #sitinurhaliza #datositinurhaliza #datosrisitinurhaliza #tokti #ctdk #biduanitasitinurhaliza #malaysia #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #tradisional

♬ original sound – hazim 0271 – hazim 0271

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Nov 2025

Tuduhan Tak Ambil Peduli Isu Palestin, Zizi Kirana Backup Faizal Tahir – “Siapa Cakap Macam Tu Dia Geng Isr**l”

Zizi Kirana tampil bersuara dan mempertahankan Faizal apabila memuat naik kenyataan di platform sama.

Events Fri, 9 Nov 2018

林绿入戏太深拍摄现场「强吻」庄可比!

林绿入戏太深拍摄《我的非一般岳母》现场「强吻」庄可比!

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Featured Thu, 8 Aug 2024
Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Terbaiklah! Kak Lina Pom Pom Disambut Meriah Di Kuala Krai

Dia sekeluarga juga meluangkan masa selama lebih dua jam untuk beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Featured Wed, 22 Jan 2025

Gagal Tahan Sebak, Tracie Sinidol Kongsi ‘Struggle’ Jadi Anak Perantau… Terkilan Terima Berita Kematian Insan Tersayang

Lebih menyedihkan, pada ketika itu dia terlibat dengan penggambaran sebuah drama.

Featured Sat, 9 Aug 2025

[VIDEO] Sebak! Rindu Arwah Ibu, Ubai MZ Kongsi Voicenote Terakhir

Ubai MZ mencuri perhatians elepas berkongsi ‘voicenote’ terkahir Allahyarham ibunya.

error: Content is protected !!