Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina April 2, 2020 @ 12:29pm

Kasihan Pendapatan Terjejas Akibat COVID-19, Faizal Tahir Cari 100 Keluarga Untuk Sumbangan Barangan Dapur!

Umum mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP yang berkuatkuasa akibat COVID-19 yang semakin berleluasa ini secara tidak langsung telah menjejaskan pendapatan ramai golongan termasuklah peniaga sendiri.

Oleh itu, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional sebagai inisiatif membantu semua rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, dilihat ramai individu serta artis tanah air yang menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk mengikut kemampuan masing-masing.

Terbaharu, penyanyi lelaki popular, Faizal Tahir telah memuat naik sebuah video di laman media sosial Instagram miliknya tentang pencarian 100 keluarga yang memerlukan bantuan barangan dapur.

“Saya tahu ramai yang terkesan dengan situasi sekarang ini, saya dan Faithmen sedang mencari 100 keluarga yang sangat memerlukan bantuan barangan dapur, mungkin tak banyak tapi sedikit sebanyak dapat membantu mereka,” kata Faizal Tahir. 

Di ruangan komen, rata-rata ramai juga yang memuji tindakan oleh Faizal Tahir itu, malah ada yang turut bertanya cara-cara ingin membantu mereka yang memerlukan.

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerimanya. So, sekiranya korang ada maklumat dan info berkaitan, korang bolehlah whatsapp nama dan nombor akaun bank ke nombor 017-214 7311 seperti yang tertera dalam video tersebut.

InshaaAllah, sama-sama kita bersatu dalam dalam perkara ini okay?

Kredit: Instagram Faizal Tahir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Feb 2019
Trending Thu, 23 Apr 2020

Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Di TV3 Malam Ini

Agaknya apa yang TSMY nak sampaikan..

Hiburan Fri, 8 May 2026

Norman Hakim Teruja Marissa Dania & Maria Danisha Sambung Pengajian Dalam Bidang Perniagaan – “Saya Kena Kerja Lebih Smart & Efisien Lepas Ni”

Marissa dan Danisha akan mengikuti jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan sebelum memilih pengkhususan berbeza apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti.

Featured Wed, 21 Aug 2024
Featured Wed, 8 Sep 2021
Hiburan Wed, 20 Aug 2025

King Evian Paling Menyerlah, Dinobat Juara Cat Fashion Week TV3

Comelnya anak bulus ni…. Tahniah Evian!

Featured Tue, 2 Nov 2021

Cikgu Bengang Sikap Penghuni Buang Barang Dari Atas Flat – “Mi Segera, Kuah Mi Kari, K*ndom Siap Lend*r Lagi!”

Seorang guru tadika bengang selepas mendapati sisa mi segera dicampak oleh penghuni flat dari atas sehingga mengotorkan bahagian bumbung dan hadapan keretanya. Menerusi temu bualnya bersama mStar, wanita yang mesra disapa sebagai Nina berkata, kejadian […]

Trending Mon, 5 Mar 2018

2岁儿害iPhone「锁机47年」母崩溃

中国一名陆姓妈妈让2岁半儿子玩手机时,因为孩子疯狂输错解锁密码,导致出现「请25114984分钟(约47年)后再试一次」,让她超级傻眼与懊悔。

error: Content is protected !!