Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 29, 2025 @ 10:04am

“Kembali Dari Jiwa Yang Kosong” – Natasha Hudson Throwback Kisah Hijrah Ketika Hati Mula Terbuka Pakai Khimar

Pelakon jelita, Natasha Hudson, mengundang perhatian ramai apabila berkongsi semula kisah perjalanannya berhijrah yang penuh jatuh bangun sejak sedekad lalu.

Menerusi satu video menyentuh hati di Instagram (IG), Natasha mengungkap momen simbolik yang membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Menurut Natasha, sehelai khimar (tudung labuh) yang dibelinya ketika menunaikan umrah pada tahun 2012 menjadi saksi penting kepada titik perubahan dalam kehidupannya.

“Ini merupakan khimar pertama saya yang dibeli ketika menunaikan umrah pada 2012. Saya tidak pernah berikan kepada sesiapa. Ramai yang telah menyaksikan perjalanan saya dari fasa mencari ilmu, bangkit, berubah dan kembali semula ke landasan,” katanya.

Natasha turut menyentuh satu detik luar biasa yang berlaku pada 6 Jun lalu iaitu tarikh ulang tahun kelahiran anaknya, Kaia.

Pada hari itu, dia berkongsi sehelai selendang yang dibelinya tahun lalu sambil memohon doa dari pengikut agar dipermudah urusan untuk berhijrah.

“Banyak perkara berlaku hingga sukar untuk saya tahu dari mana mahu bermula. Namun saya sedar, semuanya adalah peringatan. Salah satunya pada 6 Jun, hari lahir Kaia. Pada hari sama, tuan rumah saya meninggal dunia di Arafah dalam keadaan hujan rahmat,” kongsinya lagi.

Bagi Natasha, semua yang berlaku bukan sekadar kebetulan, malah menjadi dorongan untuk kembali mencari kekuatan dalam mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

“Selama bertahun-tahun, saya melalui fasa penyembuhan rohani. Pada 7 Jun, tanpa dirancang, saya kemas pakaian sopan untuk ke Kuala Lumpur. Hanya kerana ia datang dari hati. Saya pakai semula selendang itu, ziarah pusat Islam lama, hadiri kelas… jiwa saya perlukan pengisian,” katanya.

Menginsafi setiap pengalaman hidup, pelakon drama Chermin itu menzahirkan harapan agar dirinya terus diberi ruang untuk berkembang, setelah lama melalui liku kehidupan.

Natasha juga menyeru orang ramai agar menghargai peluang yang hadir dalam hidup untuk kembali memperbaiki diri.

“Semua ini tentang kembali dari kosong, dan menghargai apa yang pernah ada. Saya harap saya juga akan berkembang mekar semula, insya-Allah. Dan semoga Allah kurniakan pengakhiran yang baik buat saya, keluarga dan seluruh umat.

“Syukuri setiap peluang yang hidup beri… peluang untuk kembali, untuk mencintai, untuk bertaubat, dan untuk menyala semula dengan tujuan,” katanya lagi.

Terdahulu, penampilan Natasha menjadi bualan ramai selepas tidak lagi mengenakan hijab sejak 2022, bahkan selebriti ini juga pernah berniqab sekitar 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Feb 2024

“Rasanya Lebih Baik Bertanya Kepada Mereka”- Misya Akhirnya Buka Mulut Isu Aslam, Marissa Kahwin Di Thailand

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Moga Misya terus kuat!

Featured Wed, 26 Mar 2025

“Saya Akan Terus Belajar Dari Dugaan Ini” – Lantikan Aaron Aziz Sebagai Pengarah Pemasaran Agensi Umrah Ditamatkan

keputusan itu dibuat hasil perbincangan secara terbuka dan profesional antara pihak syarikat dan aktor itu.

Featured Wed, 11 Jan 2023
Events Sat, 9 Nov 2019

任贤齐兴奋「回家」开唱!扬言要当大马拿督

几乎年年都「回家」开唱的任贤齐,周五(8日)再次登上云顶云星剧场舞台举办《齐迹》演唱会;粉丝频频大胆告白,让小齐直呼 “我决定要搬来吉隆坡住,我要当大马拿督!”

Featured Mon, 13 Apr 2026

Nelydia Senrose Ulas Kenyataan Aprena Manrose Mengenai Zuriat – “Saya Sentiasa Doakan Untuk Dia & Semua Yang Menantikan Cahaya Mata”

Nelydia Senrose tampil menjelaskan kenyataannya berhubung isu zuriat yang dikaitkan dengan hantaran sepupunya yang juga pelakon, Aprena Manrose baru-baru ini.

Trending Thu, 15 Aug 2019

Mayat Nora Anne ‘Dipindahkan?’ Sukarelawan Dan Pendaki Bongkar Pertama Kali Jumpa Mayat Nora Anne Dalam Keadaan Terbaring

Kehilangan seorang gadis warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang akhirnya ditemui mati menggemparkan negara. Gadis berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang ketika bercuti bersama keluarganya di Dusun Hill, Pantai, Negeri Sembilan sebelum ditemui mati selepas […]

error: Content is protected !!