Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 29, 2025 @ 2:27pm

Bilal Indrajaya Pembuka Tirai Panggung Purnama: Fasa 1 ‘Main Kasar’ Di Zepp KL

Festival muzik Panggung Purnama bakal membuka lembaran sulungnya dengan kehadiran penyanyi prolifik dari Indonesia, Bilal Indrajaya, yang diumumkan sebagai pengisi utama bagi fasa pertama ‘Main Kasar’ menjelang konsert yang dijadual berlangsung pada 28 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Pemilihan Bilal Indrajaya adalah berdasarkan nama yang tidak asing lagi buat pencinta muzik alternatif dan pop-retro Nusantara.

Ini kerana, figura muzik itu dianggap tepat dan simbolik sebagai ‘peluru perdana’ dalam festival yang menjanjikan keintiman, emosi dan karya seni yang mendalam.

Sejak kemunculan lagu debutnya ‘Biar’ pada 2018, Bilal telah membina nama sebagai sosok pemuzik yang menyentuh jiwa ramai.

Penampilannya dalam pelbagai festival ternama termasuk BNI Java Jazz Festival 2024 memperkukuh lagi reputasi dan daya tarikan uniknya.

“Kami percaya kepada kekuatan karya dan persona Bilal, dia adalah figura yang membawa cahaya tenang, namun mendalam, seperti bulan yang menyinari malam.

“Kolaborasinya bersama artis tempatan seperti Noh Salleh (dalam lagu Niscaya) dan Romantic Echoes (Ruang Kecil, Yang Tercinta) membuktikan Bilal sangat dekat di hati peminat Malaysia,” kata John Labu mewakili penganjur UdaraLaskhar.

Penganjur turut memaklumkan antara barisan artis untuk fasa kedua dan final akan diumumkan dalam masa terdekat.

Oleh itu, peminat disaran mengikuti perkembangan terkini di laman media sosial rasmi Panggung Purnama.

“Bilal hanya permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

“Kami sedang merancang satu susunan penghibur yang mampu mencipta pengalaman festival yang tidak dapat dilupakan,” tambahnya.

Namun, bagi Bilal pula, persembahan ini merupakan detik istimewa dan satu pertemuan yang dinanti-nantikan bersama peminat di Malaysia.

“Saya anggap ini seperti mini festival peribadi.

“Ini juga adalah peluang untuk menyatu semula dengan para pendengar yang telah menemani saya sejak awal perjalanan,” jelasnya.

Oleh itu, peminat boleh mendapatkan tiket menerusi www.ilassotickets.com dengan kategori seperti berikut:

  • Bintang – RM179
  • Langit – RM199
  • Bumi – RM239
  • Awan – RM249
  • Purnama – RM399

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jan 2023
Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Raya Tahun Ni Confirm Lebih Ceria Dan Lebih Jimat Bila Korang Ikut Tips Ini!

Setiap tahun bila bulan Ramadan hampir tiba je confirm ramai yang mula fikir macam mana nak kasi rumah nampak extra cantik dan extra ceria betul tak? Yelah, raya kan datang setahun sekali je, masa tu […]

Hiburan Sat, 9 Dec 2023
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Hiburan Tue, 2 Sep 2025

Ulasan Konsert: Dekad Pertama Kugiran Masdo Diraikan Penuh Sukses Dalam Gemilang Retro Moden

Malam itu berjaya membuktikan mengapa Masdo layak digelar peneraju utama genre retro moden di Malaysia!

Featured Mon, 23 Mar 2020

Raja Permaisuri Agong sedia hidangan untuk kakitangan hospital

Untungnya dapat rasa air tangan Tunku Azizah

Trending Thu, 24 May 2018

Minister of Defence Mat Sabu’s Home a Humble Abode

People are very much infatuated by the Minster of Defence’s humbleness.

error: Content is protected !!