Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2025 @ 10:36am

“Minta Maaf & Mohon Ampun Pada Allah” – Bapa Nurly Shahirah Tegur Tindakan Ambil Tanah Kubur Buat Azimat

Bapa kepada penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nurly Sahirah Azman menasihati orang ramai agar menjaga adab dan tidak melakukan perkara bertentangan dengan ajaran Islam ketika menziarahi kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang.

Azman Mohamad, 63, berkata beliau tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin menziarahi pusara anaknya, namun berharap agar adab dan tatasusila tetap dijaga.

“Saya tak pasti mengenai dakwaan ada yang mengambil tanah kubur, sebab banyak masa saya berada di rumah. Tapi kalau benar ada yang buat begitu, saya harap mereka mohon maaf dan bertaubat kepada Allah,” katanya ringkas.

Perbuatan syirik berdosa besar

Selain itu, Azman turut mengingatkan kawasan perkuburan adalah tempat yang suci dan sewajarnya diziarahi dengan penuh hormat serta tujuan yang betul, bukan untuk perkara yang khurafat atau bertentangan dengan akidah.

“Saya tidak pasti (dakwaan ambil tanah kubur) kerana banyak masa berada di rumah namun sekiranya ada individu berkenaan berbuat demikian perlu minta maaf serta mohon ampun dengan Allah.

“Sekiranya ada individu berkenaan berbuat demikian perlu minta maaf serta mohon ampun dengan Allah.

“Tindakan mengambil tanah kubur untuk dijadikan sebagai azimat bertentangan dengan ajaran Islam kerana boleh mendatangkan khurafat serta syirik dan berdosa besar.

“Cukup sekadar sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah tidak perlu melakukan perkara tidak sepatutnya,” katanya.

Mengulas lanjut, pihak keluarga memohon maaf daripada orang ramai yang datang menziarahi sekiranya layanan tidak memuaskan.

“Jumlah pengunjung setiap hari sangat ramai… kadang-kadang tidak terlayan semua orang, saya mewakili pihak keluarga mohon maaf sekiranya berlaku sebarang kekurangan,” jelasnya.

Terdahulu, pihak keluarga mengambil keputusan untuk memasang tali penghadang di kawasan perkuburan Nurly bagi mengelakkan perkara yang tidak baik dilakukan pengunjung.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Apr 2020
Featured Sun, 24 May 2020
Trending Mon, 7 Sep 2020
Trending Fri, 5 Oct 2018

女教师自费改造「Hello kitty教室」学生都很快乐!

一定有不少女孩都是Hello kitty控吧?

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

‘Mana Tahu Tahun Depan Beraya Bertiga Pula’- Fazura

Walaupun tahun ini bukan kali pertama kami beraya sebagai suami isteri, bagi saya ia tetap sesuatu yang istimewa buat kami berdua.

Cahaya Mata Fri, 14 Jul 2023
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Aduh! 15 Tahun Berlalu, Faizal Tahir Seakan Tak Percaya Bila…

Tak ada seorang pun yang pernah mengatakan begitu kepada saya. Dia insan pertama yang percaya dengan bakat saya sewaktu itu…

Featured Thu, 18 Jan 2024
Trending Mon, 3 Sep 2018

‘Kapal Hantu’ Muncul Secara Misteri Selepas 9 Tahun Hilang

Sebuah ‘kapal hantu’ dengan kibaran bendera Indonesia bersamanya secara misteri muncul kembali di Lautan Hindi selepas lebih 9 tahun menghilang di Lautan Pasifik. Polis Yangon mengesahkan pada hari Jumaat lalu bahawa kapal yang diberi nama […]

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

Dedah Pernah Minta Bantuan Rakan Artis Nak Beli Susu & Lampin Anak, Azar Azmi Kongsi Kisah Sebenar 6 Tahun Menyepi

Azar Azmi tampil berkongsi kisah sebenar kehidupannya yang selama ini menjadi persoalan ramai sejak lebih enam tahun tidak aktif dalam dunia hiburan.

error: Content is protected !!