Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 1, 2025 @ 4:19pm

Aisha Retno Luah Luka Putus Cinta Dalam ‘Tak Adil’… Lagu Paling Jujur, Karya Paling Emosional!

Penyanyi berbakat Aisha Retno kembali dengan sisi paling jujur dan emosional dalam single terbaharunya berjudul Tak Adil.

Lagu pop rock yang sarat dengan luahan kecewa akibat patah hati ini dilancarkan secara rasmi pada 27 Julai lalu hasil kerjasama Aisha Retno Entertainment dan Faithful Music.

Ditulis sendiri oleh Aisha dan digubah bersama adiknya, Radi, lagu ini bukan sekadar eksperimen genre, tetapi menjadi ruang peribadi untuk penyanyi berdarah Malaysia dan Indonesia itu menyalurkan rasa marah, sedih dan kecewa yang terpendam.

“Saya juga baru melalui fasa patah hati yang agak teruk, jadi saya satukan semua rasa amarah dan kesedihan dalam lagu ini.

“Memang tak adil jika satu pihak saja yang rasa sakit sedangkan pihak lagi satu tak rasa apa-apa,” luah Aisha.

Tak Adil digambarkan sebagai soundtrack buat mereka yang pernah dikhianati dalam hubungan, sama ada dalam percintaan, kerjaya mahupun persahabatan. Aisha sendiri mengakui pengalaman peribadi itu banyak mencorakkan penulisan liriknya kali ini.

“Saya sampaikan kisah cinta dan ketidakadilan yang saya sendiri pernah lalui… Sepanjang lima tahun ini, saya tempuh macam-macam dalam industri hiburan. Saya luahkan dengan jujur, ada kejadian yang pernah berlaku kepada saya sebelum ini, ianya memang tak adil,” ujarnya.

Lebih menarik, proses penulisan lagu ini berlaku dalam keadaan spontan ketika Aisha sedang ‘broken’.

“Suatu hari ketika berada di rumah, saya rasa sangat sedih dan marah. Kemudian, ketika masih sedang broken, adik saya Radi panggil saya ajak masuk studio di rumah kami… dalam masa kurang tiga jam, semuanya terluah dalam lagu ini,” katanya lagi.

Genre pop rock dipilih bukan sahaja kerana kekuatan melodi, tetapi juga kerana ia mampu menjadi saluran paling kuat untuk menyampaikan kemarahan dan kecewa dengan cara yang elegan.

“Saya ingin mengembangkan repertoire kerana itulah yang perlu saya lakukan sebagai penyanyi. Selain itu, saya sangat suka dengan beberapa penyanyi pop rock seperti Olivia Rodrigo dan kalau di Nusantara, saya minat Geisha dan Neeta Manis,” ujarnya.

Biarpun menerima pujian awal dan potongan audio lagunya sudah mula digunakan peminat di media sosial sebelum tarikh pelancaran, Aisha tetap meletakkan harapan sederhana terhadap pencapaian lagu ini.

“Apa yang saya harapkan adalah lagu ini dapat diterima ramai dahulu… Impian itu semestinya ada, tetapi saya serahkan saja kepada Tuhan, Insya-Allah,” katanya.

Lagu Tak Adil kini boleh distrim di semua platform digital dan video muziknya boleh ditonton di YouTube rasmi Aisha Retno.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 May 2026

Satu Rasa, Dua Cerita… Fabio Asher & Nadhif Basalamah Temui Peminat Julai Ini Dalam ‘Konsert Rumah Hati’

Peminat muzik Indonesia di Malaysia bakal disajikan dengan sebuah malam penuh emosi menerusi konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 26 Julai depan.

Featured Tue, 31 Jan 2023
Trending Tue, 7 Apr 2020

“Saya Tahu Ucapan Saya Jadi Lagu Rap, Kayuh Basikal Dalam Rumah Dan Trend Pakai Baju Kelawar Isteri” PM Akui Ianya Luar Biasa!

Rakyat Malaysia teruja dengan ucapan PM kali ni! Kalau semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat berseloroh dalam ucapannya mengenai aktiviti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP. Malah, PM juga sempat memberitahu […]

Hiburan Thu, 5 Feb 2026

Inteam Rai 25 Tahun di Axiata Arena, Bukti Nasyid Terus Mekar & Relevan Merentas Zaman

Malam Ahad lalu menjadi saksi sebuah perjalanan seni yang panjang, jujur dan penuh makna apabila kumpulan nasyid tersohor tanah air, Inteam meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan mereka menerusi penganjuran Konsert Nur Kasih 25 Tahun di […]

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Kalau Jadi Juara Mentor 7, Pasya Mahu Buka Studio

Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi memberitahu sekiranya dia berjaya membawa pulang gelaran juara malam nanti, dia memiliki impian peribadi. Apa tu agaknya?

Events Sat, 14 May 2022
Hiburan Mon, 19 Jun 2023

[VIDEO] Majlis Kahwin MK K-Clique & Siti Hajaar Dipuji Sangat Islamik, Aksi Baca Doa Sebelum Berarak Raih Perhatian

Love wedding MK, sangat simple and islamik ❤️ Comel je MK dengan isteri dia ni ❤️😭

error: Content is protected !!