Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 2, 2025 @ 7:26pm

Abby Abadi Dedah Jumpa Scammer Secara Bersemuka: “Konon Nak Berbincang, Tapi Siap Tuduh Saya Pula!”

Susulan isu penipuan melibatkan sejumlah wang, pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mendedahkan, dia telahpun berjumpa dengan individu tersebut secara bersemuka.

Kata Abby, dia bersama dengan suami dan mangsa lain mencari individu tidak bertanggungjawab itu di lokasi  tempat suami suspek bekerja.

“Jumlah mangsa terkena lagi banyak dari saya.. Sama-sama kami pergi cari scammer tu dekat Kajang. Jumpa ya. Dekat bengkel tempat suaminya kerja.

“Konon ajak duduk berbincang. Lepastu minta masa untuk sembang dengan isterinya sebab suaminya kata dia taktahu apa-apa, taktahu apa yang isterinya buat sampai ke tahap ini. Cakap macam tak bersalah je tadi sebab ada kawan seorang ni datang backup.

“Lepastu yang buat saya geram tadi, dia kata saya pula mengajar orang lain untuk tuntut hak mereka,” katanya.

Perkara itu dikongsi Abby menerusi hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

 

Mengulas lanjut, Abby berkongsi, mangsa-mangsa yang terkena dengan skim penipuan ini mengetahui hal tersebut selepas melihat perkongsian aktres itu menerusi media sosial.

Tambahnya, kes penipuan ini juga telahpun diserahkan kepad apihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Kes dah sampai ke pengetahuan Bukit Aman dah.

“Bila saya viralkan, mereka tengok muka yang sama menipu mereka.

“Jadi mereka nak lah tuntut hak masing-masing. Ramai lagi sebenarnay mangsa yang tertipu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abby juga turut meminta bantuan daripada penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice untuk membongkar aktiviti ‘scammer’ di Malaysia.

“”Harap @capricedaddycap dapat tolong.

“Teruk berleluasa dah scammer-scammer dekat Malaysia ni. Sedap hidup dengan duit orang.. Bila viral buat muka tak bersalah,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Lama Tak Menyirap Ni, Hilang Sabar Banyak Sangat Alasan” – Kena Scam Kali Kedua, Abby Abadi Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Jadi Mangsa Scammer Gara-Gara Mahu Ramai Follower – “Senang Sangat Terpengaruh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Dec 2025
Featured Fri, 9 May 2025
Featured Thu, 7 May 2026

Martabat Legasi Sharifah Aini Diangkat Dalam Konsert Eksklusif ‘A Tribute To Sharifah Aini’

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa berjudul ‘A Tribute to Sharifah Aini’ sebagai penghormatan kepada Biduanita Negara itu.

Featured Fri, 17 Apr 2020

5 petunjuk diambil kira sebelum PKP ditamatkan

Kerajaan perlu kenal pasti strategi keluar

Featured Fri, 24 Aug 2018

5 Langkah Untuk Mengurangkan Pengambilan Gula

Antara sebab penyakit menyerang adalah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan.

Hiburan Thu, 20 Nov 2025
Featured Fri, 14 Nov 2025

“Pakaian Ketat Melekat, Singkat & Terbuka”- Ustazah Asma’ Harun Tegur Kumpulan Dolla, Dakwa Makin Ghairah & Memalukan

“nikah yang kita banggakan sebagai wajah seni hiburan negara kita ? Dolla, tolonglah berubah” – Asma’ Harun

error: Content is protected !!