Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 3, 2025 @ 4:22pm

Isteri Tampil Backup, Titip Kata Semangat Buat AC Mizal – “Apa Yang Susah Sangat Sampai Semua Nak Jadi Isu”

Isteri kepada penyanyi yang juga vokalis kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida tampil memberikan kata semangat buat suaminya dikala terpalit dengan isu kontroversi melibatkan penganjuran konsert WE 4U2C yang akan diadakan pada 15 September depan.

Menerusi hantaran di Instagram, Emylia kelihatan berkongsi foto saat suaminya itu gagal menahan sebak ketika sesi sidang media yang diadakan pada Rabu bagi menjelaskan isu kontroversi membabitkan beberapa individu.

Kata Emylia, dia akan sentiasa ada dan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap suaminya itu di saat susah mahupun senang.

“Always be there untuk awak, B. Saya tahu betapa sukarnya buat awak.

“Saya dan anak-anak sentiasa ada dibelakang dan memberikan sokongan untuk awak,” katanya.

Manakala, dalam hantaran berlainan pula, Emylia tampil mempertahankan suaminya apabila memaklumkan, untuk mengadakan konsert selepas 30 tahun bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan.

“Orang tak tahu kami sahaja tahu betapa susahnya perkara ini.

“Kami hanya nak buat konsert sahaja, apa yang susah sangat sampai jadi isu.

” 30 tahun 4U2C nak buat comeback pun nak jadi isu. Sentiasa kuat sayang, saya sentiasa ada bersama awak,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Feb 2021

‘Shooting’ Kini Dibenarkan Kecuali… – MKN

Alhamdulillah, Tapi SOP jangan dilupakan!

Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Sat, 14 Dec 2024

Famili Duo 4: Pertarungan Antara Tomok & Sharul, Ayie & Salma Serta Shiha & Ieda.. Siapa Bakal Bergelar Juara?

Shiha Zikir & Ieda Zikir, Tomok & Sharul Kamal, serta Ayie Elham & Salma Asis akan bersaing untuk merebut gelaran juara Famili Duo 4.

Hiburan Wed, 25 Feb 2026

Fazura Elak Ditanya Soalan Peribadi – “Saya Tak Nak Apa Yang Saya Katakan Jadi Bahan Perbalahan”

Selebriti popular, Nur Fazura menjelaskan sebab dia jarang melakukan sesi siaran langsung menerusi akaun perniagaannya

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Featured Thu, 5 Aug 2021

“Comelnya, Mirip Ayahanda”- Sambut Ulang Tahun Ke -10, Foto Terkini Raja Nazira Safya Jadi Perhatian Ramai

Telatah anakanda kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim sentiasa mencuit hati ramai netizen. Baru baru ini, Raja Nazira Safya telah menyambat ulang tahun kelahirannya yang kini mencecah usia 10 tahun. Bersempena […]

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Henry Golding Will Be Playing a Gay Man Soon

Interesting in light of the massive debate going on right now.

Featured Fri, 17 Mar 2023

“Perempuan Tu Masih Kacau!” – Dedah Telah Fail Cerai, Jalaluddin Perjelas Konflik Rumah Tangga Musa Hassan

Abang saya tak pernah abai nafkah isteri dan anak-anak – Jalaluddin Hassan

error: Content is protected !!