Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 3, 2025 @ 7:15pm

Fauziah Sarman Sudah Jumpa ‘Teman Pengganti’, Serah Soal Jodoh Pada Ketentuan Tuhan – “Doakanlah Saya”

Ibu kepada penyanyi popular, Shila Amzah mengakui dia kini sedang berkenalan dengan seseorang.

Katanya, sejak kembali solo, ramai yang datang dan cuba untuk mendekati walaupun hanya sekadar teman berbual.

“Doakanlah saya. Sekarang ini memang ada yang rapat. Tapi soal jodoh kita tidak tahu.

“Memang ada beberapa yang cuba mendekati tapi bukan sebagai kekasih sebaliknya teman berbual.

“Bila kita dah kenal, kita anggap macam abang dan kawan sahaja,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Fauziah menjelaskan, di usia 57 tahun ini, dia tidak pernah menolak untuk kembali berumah tangga.

Namun, kini dia lebih memilih untuk hidup dengan tenang sehingga dipertemukan dengan jodoh yang terbaik.

“Anak-anak memang tak ada masalah, mereka mahu lihat saya gembira. Terutamanya Shila selalu suruh saya cari teman hidup.

“Saya tak pernah serik, lebih lagi kita semua nak hidup berteman dalam usia begini. Tapi bahagia itu bukan pada lelaki sahaja.

“Sekarang ini saya mahu hidup tenang dan bahagia,” jelasnya.

Terdahulu, Fauziah Sarman berkongsi perkara itu apabila timbul dakwaan kononnya dia kini sedang menjalin hubungan dengan seorang Ustaz.

Bagaimanapun, dia menolak dakwaan tersebut dan menganggap ia sekadar gosip liar.

Sekadar info, Fauziah Sarman pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon ND Lala pada tahun 1989.

Namun, pasanagn itu mengambil keputusan untuk bercerai selepas 34 tahun hidup bersama.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Events Wed, 24 Jan 2018

NO DATE FOR VALENTINE’S DAY? WHY NOT JOIN THIS DATING EVENT

Still single, available and up for an adventure? Come join this dating event then. Oh, it’s also for charity!

Events Fri, 29 Nov 2019

Lofa Nafi Kahwin Tahun Depan

Orang cantik macam Lofa, mesti orang selalu sibuk nak suh kawin kan? Eh!

Featured Sat, 26 Jul 2025
Hiburan Fri, 20 Dec 2024
Hiburan Mon, 1 Oct 2018

《分贝人生》再获奖得国际认可!

电影《分贝人生》持续受到国际影视奖项的垂青!这次获得第3届《金海鸥国际新媒体影视周》颁发《最佳影片奖》,男主角陈泽耀代表前往北京领奖时在台发表得奖感言直说「艺术不分国界」。

Hiburan Sun, 8 May 2022
error: Content is protected !!