Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 3, 2025 @ 6:47pm

“Baru Faham Kenapa Istiqamah Itu Susah” – Rasa Nak ‘Free Hair’ Kembali, Kila Fairy Mohon Dikuatkan Iman

Pelakon dan penyanyi, Kila Fairy mencuri perhatian ramai apabila meluahkan perasaannya berhubung cabaran untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, anak kepada penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil itu mengakui dirinya diuji dengan perasaan ingin kembali tidak bertudung.

“Kenapa rasa mom nak free hair balik ni eh? But when I think back about this… kenapa I nak please manusia? Patut kena do everything for Allah. Not manusia,” katanya.

Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, turut mengakui kini baru memahami betapa sukar untuk kekal istiqamah dalam melakukan sesuatu demi Allah SWT.

“Sekarang baru faham kenapa orang kata istiqamah tu susah. Astaghfirullahal’azim Ya Allah kuatkanlah iman aku. Doakan saya, please guys,” luahnya lagi.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-rata memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar Kila terus kuat dan istiqamah dalam perubahannya ke arah lebih baik.

Kila sebelum ini membuat keputusan untuk berhijab sekitar tahun 2020 dan dilihat konsisten mengenakan tudung dalam setiap penampilannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Nov 2023

Famili Duo 3: Raih Perfect 10! Syaiful & Sharif Rampas Kedudukan Pertama, Kreativiti Tambat Hati Juri

Memang kelakar weiiii!!!!! Min pun tak tahan gelakkk dibuatnya🤣🤣🤣

Featured Mon, 1 Feb 2021
Trending Wed, 13 Jan 2021
Trending Thu, 16 Jul 2020
Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Shukri Yahaya Mahu Berhenti Jadi Romantik?

Mahukan perubahan dalam watak pada masa akan datang, Shukri meletakkan sasaran menerima sekurang-kurangnya satu drama berat yang menampakkan sisi berbeza.

Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Takkan Mudah Buah Tangan Baharu Rief Daniel

Tahniah atas single yang terbaharu!

Hiburan Sun, 22 Jun 2025

Aina Abdul Dijemput Ke Kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

Aina Abdul teruja dijemput ke kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Video Siti Nurhaliza Ke Majlis Perkahwinan Pekerja Tular, Pengurus Tampil Perjelas Hal Sebenar

Anda harus tahu, @cteafairuz menunjukkan reaksi risau kerana walaupun dia pengantin, dia masih rasa tanggungjawab sebagai tuan rumah, sebagai staff kepada @ctdkdan tentunya dia mahu memastikan @ctdkdapat menjamu selera dengan selesa. Tidak timbul soal tak suka, tak senang dengan kehadiran beliau.

error: Content is protected !!