Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 9, 2025 @ 6:07pm

Kak KM Titip Pesan Penting Jaga Hubungan Adik-Beradik – “Kalau Jantan Tak Kira Kau Ada Duit Atau Tak, Dia Tetap Akan Cari Pengganti”

Usahawan popular Kak KM mencuri perhatian selepas menitipkan pesanan agar menjaga hubungan baik sesama adik-beradik.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek, Kak KM atau nama lengkapnya, Liana Rosli mendedahkan, golongan wanita tidak digalakkan untuk bergantung harap sepenuhnya kepada suami memandangkan kasih sayang yang diberikan tidak setanding dengan hubungan adik-beradik.

“Tu aku cakap, orang jantan tak payahlah aku cakap orang lain kan. Kita ni adik beradik tak boleh gaduh. Esok dia mati aku kena tanam, aku  mati dia akan tanam.

“Jangan berangan laki kau nak duduk depan muka  kau. Laki, kau sakit pun di adah chatting dengan orang lain. Kau kena tahu benda tu.

“Jantan tak kira, kau ada duit ke, tak ada duit ke..dia tetap akan cari pengganti. Jangan ingat kalau isteri sakit, suami akan kesian. Dalam hati kata cepatlah mampus. Kalau mati siapa nak tanam, kita punya adik-beradik juga,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM sempat mengajukan soalan ‘cepumas’ kepada suaminya, Razman Ramli, mengenai tempoh kesedihan yang akan dilaluinya sekiranya dia pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi.

Menjawab soalan tersebut, Razman atau lebih mesra disapa Abang Maman menjelaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk berkahwin lagi sekiranya ditakdirkan isterinya meninggal dunia.

“Sayang kalau saya mati macam mana suka ke?

“Jangan mati sama-sama nanti anak siapa nak bela, tak boleh.

“Kalau aku  mati abang Mamat (suami) pergi kebumikan sahaja. Agak-agak dia sedih berapa lama,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Perginya Anak Syurga, Amy Search Reda…

Al- Fatihah… Salam takziah buat seluruh keluarga penyanyi Amy Search atas pemergian anak syurga ini. Semoga diberi kekuatan atas ujian ini.

Featured Fri, 25 Nov 2022

Ketua Negara Pertama Ucap Tahniah… Anwar Ibrahim Diberi Penghormatan Presiden Indonesia, Joko Widodo

Teka-teki siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 telah terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan mandat untuk menyandang jawatan itu. Sehubungan itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo merupakan ketua negara pertama yang menghubungi Anwar bagi menzahirkan […]

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Pekin Ibrahim- Mona Allen Kahwin Dalam Majlis Tertutup?

Alhamdulillah jika benar…dalam diam-diam ya… Selamat Pengantin Baru untuk pasangan sejoli ini!

Trending Tue, 28 Aug 2018

6 Absolutely True Signs That Merdeka is Near

You can count in Malaysia Day too at this rate.

Selebriti Sun, 3 Sep 2023
Hiburan Sun, 22 May 2022
error: Content is protected !!