Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal November 25, 2022 @ 11:48am

Ketua Negara Pertama Ucap Tahniah… Anwar Ibrahim Diberi Penghormatan Presiden Indonesia, Joko Widodo

Teka-teki siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 telah terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan mandat untuk menyandang jawatan itu.

Sehubungan itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo merupakan ketua negara pertama yang menghubungi Anwar bagi menzahirkan ucapan tahniah dan rasa gembira atas pelantikan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anwar di laman Instagram, beliau menjawab panggilan Joko Widodo setelah dirinya disahkan menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Terima kasih, saya anggap ini satu penghormatan di antara yang paling awal menelefon, ini menunjukkan saya kekal sahabat sejati Indonesia,” ucap Anwar.

Sementara itu, di ruangan kapsyen Anwar berharap hubungan antara negara Malaysia dan Indonesia terus terjalin kukuh demi kemakmuran bersama.

“Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia.

“Saya mengharapkan hubungan dagang dan bisnes, investasi, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua mesti diperkukuh,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas pelantikan sebagai PM ke-10 dan ada juga yang berseloroh aksinya itu umpama seorang bapa yang selalu menukar panggilan ke ‘mood’ pembesar suara supaya lebih jelas didengari.

“Macam ayah-ayah, lepastu on loudspeaker,” tulis warganet.

Terdahulu, Anwar telah menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada jam 5 petang semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Sep 2021

Pernah 3 Kali Keguguran, Syatilla Melvin Sahkan Hamil Anak Ketiga

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin disahkan hamil selepas mengalami keguguran pada April. Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tak disangka ini menerusi hantaran di laman Instagram miliknya. “Kali keenam. […]

Trending Sat, 11 Aug 2018

Muhyiddin Yassin Mungkin Cuti Lebih Lama Jalani Kemoterapi

Penyakit seumpama ini memerlukan tempoh rawatan yang panjang. Beliau akan menjalani rawatan susulan. Beliau mungkin jalani kemoterapi.

Featured Wed, 24 Apr 2024

“Ada Wajah Yang Kita Tak Mahu Berpisah Tapi Terpaksa Melepaskannya” – Datuk Red

Deep betul pesanan Datuk Red. Sebak pula tengok video dia!🤧

Hiburan Mon, 8 Sep 2025
Trending Tue, 5 Jan 2021

Kaedah Pembayaran i-Sinar Dan Tarikh Rasmi Pembayaran

Buat pemohon i-Sinar, korang wajib baca info ni!

Featured Wed, 15 Apr 2020
Featured Wed, 18 Mar 2020

Telekung bertangan mudahkan wanita jalani pelbagai aktiviti

Hijabista pasti perlukan persalinan sebegini

Featured Fri, 25 Feb 2022
error: Content is protected !!