Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 8, 2025 @ 12:25pm

“Saya Masih Belajar” – Isteri Fikry Ibrahim Akui Belum Bertudung Sepenuhnya

Isteri kepada pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, iaitu Siti Khalizah Alihan, mengakui dirinya masih dalam proses untuk berhijrah sepenuhnya dan belum konsisten menutup aurat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Khalizah menjelaskan dirinya masih belajar menjadi seorang Muslimah yang lebih baik, baik dari segi rohani mahupun emosi.

“Saya cuma nak perjelaskan sesuatu dari hati saya sendiri. Saya sedar ada yang perasan saya belum sepenuhnya bertudung.

“Saya nak tekankan bahawa ini sesuatu yang sangat peribadi. Saya masih dalam perjalanan untuk belajar, berkembang dan menjadi lebih baik setiap hari dari segi spiritual dan emosi,” katanya.

Dalam ruangan sama, Khalizah turut meminta doa daripada orang ramai agar dipermudah urusannya untuk istiqamah.

“Doakan saya agar terus kuat dan berusaha menjadi lebih baik, Insya-Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, Khalizah dilihat tampil mengenakan hoodie berwarna hitam dalam sebuah hantaran di Instagram, yang seolah-olah cuba menutup bahagian kepalanya.

Namun begitu, penampilan tersebut tetap mengundang reaksi berbeza daripada netizen apabila helaian rambutnya masih kelihatan jelas dalam gambar berkenaan.

Artikel Berkaitan: Pakai ‘Hoodie’ Tapi Tayang Rambut… Imej Isteri Fikry Ibrahim Curi Tumpuan

Terdahulu, nama isteri Fikry menjadi tumpuan apabila didakwa hadir ke Mahkamah Syariah dipercayai untuk memfailkan perceraian, meskipun usia perkahwinan mereka baru empat bulan.

Namun, Fikry dalam satu temu bual bersama program Melodi TV3 menepis khabar angin tersebut dan menjelaskan rumah tangga mereka masih dalam keadaan baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Aksi Bergolek Atas Pentas Dikecam, Elly Mazlein Tak Ambil Hati?

Netizen happy! Kak Kepom pun happy la dikkk!

Trending Mon, 12 Jul 2021
Featured Sun, 5 Sep 2021

Aktif Dalam Pementasan Teater Di Australia, Raja Emina Ashman Warisi Jiwa Seni Ibu

Personaliti dan jiwa seni yang dimiliki Raja Emina Aliyyah Raja Ashman Shah menjadikan beliau lebih menyerlah. Kini bergiat aktif dalam pementasan teater, puisi karya wanita yang dikenali dengan nama Emina Ashman ini semakin mendapat perhatian […]

Featured Fri, 8 Apr 2022

Gara-Gara Cuai Jalankan Proses Berkhatan, Pemuda Ini Dibayar Ganti Rugi RM3.1 Juta

Plaintif kini alami masalah pendiam & tak suka berkawan

Featured Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Tunjuk 6 Pax ke 1 Pax?” – Selamba Tiru Aksi Abang Bomba! Gelagat Johan Cuit Hati Netizen

Bukan main eh Johan membahan 🤣 Agak-agak korang lulus tak Johan kalau jadi abang bomba? 😅

Featured Tue, 5 May 2026

“Kenapa Dia Buat Saya Macam Ni?” – Dr Fie

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Mohd Tawfeq hadir berseorangan hari ini bagi prosiding pelanggaran perintah mahkamah pada hari ini. Hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dengan memakai busana berona merah […]

error: Content is protected !!