Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 9, 2025 @ 6:01pm

Lebih Pilih Maruah, Shila Amzah Tolak Tawaran RM6 Juta Jadi Duta Iklan Syampu

Demi prinsip dan pegangan agama, penyanyi terkenal Shila Amzah sanggup menolak tawaran lumayan bernilai 10 juta yuan (anggaran RM5.9 juta) hanya kerana diminta membuka tudung bagi menjadi duta produk syampu di China.

Menurut Shila atau nama lengkapnya, Nur Shahila Amir Amzah, 35, ketika menerima tawaran tersebut dia sudah pun berhijab dan tidak teragak-agak untuk menolaknya meskipun jumlah yang ditawarkan sangat tinggi.

“Ketika saya berada di China, ada pihak tawarkan saya jadi duta untuk satu iklan syampu rambut. Tapi mereka letakkan syarat supaya saya buka tudung.

“Mereka sanggup bayar 10 juta yuan… kalau ikut mata wang Malaysia lebih kurang RM6 juta. Tapi saya tolak, sebab waktu tu saya memang dah berhijab,” katanya.

Shila berkata demikian menerusi temubual bersama radio tempatan, semalam.

Dalam perkongsian sama, pelantun lagu popular Patah Seribu itu turut mendedahkan bayaran pelakon di China jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia.

“Di sana, pelakon memang jauh lebih mewah. Untuk satu episod saja, bayaran boleh cecah berjuta. Tapi saya tak ambil pun… terus tolak, tak payah fikir panjang,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Imbas kembali, Shila mula menapak kukuh dalam industri hiburan China selepas merangkul gelaran juara dalam pertandingan nyanyian antarabangsa, Asian Wave 2012, sekali gus membuka laluan luas buatnya di peringkat antarabangsa.

Kredit video: Suria FM Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

Didakwa Riyak Kerana Sumbat Wang RM2 Juta Dalam Bonet Lamborghini, Usahawan Ditempelak Netizen – “Van Jenazah Lagi Luas”

Seorang usahawan dan juga pempengaruh teruk dikecam oleh warganet akibat memuat naik video bersama kereta mewah Lamborghini miliknya. Usahawan itu memberitahu kepada wargamaya bahawa kereta mewah itu mempunyai bonet yang kecil dan tidak boleh memuatkan […]

Hiburan Sat, 6 Oct 2018

Kaki Terseliuh, Anggota Kugiran Masdo Bertongkat Atas Pentas?

Mungkin terlalu penat membuat persiapan konsert, saya hilang fokus dan terseliuh sedikit, itu yang jadi macam ni…

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Ayda Jebat Syukur Selesai Jalani Prosedur Jahit Semula Luka Pembedahan Bersalin Yang Bocor – “Saya Masih Tak Boleh Lasak”

Ayda Jebat memaklumkan dirinya kini telahpun selesai menjalani prosedur menjahit semula luka pembedahan bersalin yang bocor sebelum ini.

Trending Sun, 6 Jan 2019

Benarkah NASA Sembunyikan Ancaman NT7?

Marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhkan dari bala bencana

Featured Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Featured Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Sat, 2 Mar 2019

Bertuah Dapat Standing Ovation Di Asia Got Talent, 4 Gadis Malaysia Ini Memang Power

Sekurang-kurangnya mereka berani mencuba nasib dan bakat mereka di pentas Asia’s Got Talent

error: Content is protected !!