Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal November 2, 2022 @ 9:12pm

Didakwa Riyak Kerana Sumbat Wang RM2 Juta Dalam Bonet Lamborghini, Usahawan Ditempelak Netizen – “Van Jenazah Lagi Luas”

Seorang usahawan dan juga pempengaruh teruk dikecam oleh warganet akibat memuat naik video bersama kereta mewah Lamborghini miliknya.

Usahawan itu memberitahu kepada wargamaya bahawa kereta mewah itu mempunyai bonet yang kecil dan tidak boleh memuatkan duit yang banyak.

@farhanazahra91 Hmmm xberbaloi betul , tengok la tu muat 2 juta je duit yg ayunieso bagi , nanti lagi 8 juta yg dia kena bayar cikna nak letak mana 😭😭😭 #lamborghini #bodyguard #cikna ♬ original sound – Farhana Zahra

Menerusi video berdurasi seminit yang dikongsikan oleh usahawan itu di akaun TikTok miliknya, dia telah dikritik oleh netizen kerana aksinya itu dianggap riyak dan dilabel oleh warganet sebagai seorang yang suka mempamerkan kekayaan.

“Tak berbaloi sebab dalam bonet muat RM2 juta je! So tak berbaloi beli kereta ni, bonet dia kecil. Boleh letak duit sikit je,” kata usahawan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen umpama panas hati dengan ‘statement’ yang diberikan oleh usahawan itu.

Warganet meluahkan rasa kesal mereka dan berharap agar usahawan terbabit lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang ‘content’ di media sosial selepas ini.

“Anak syurga.

“Van jenazah lagi luas, boleh letak duit banyak,” tempelak seorang netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.6 juta tontonan dan lebih 57,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Emma Maembong Dan Syed Abdullah, Unfollow Diri Masing-Masing?

Haih, macam-macam lah cerita artis sekarang ni.

Featured Thu, 16 Jan 2025
Hiburan Tue, 17 Sep 2019

Kejutan Yuna! Dari Pentas Nyanyian Ke Pentas Peragaan

Apakah Yuna bakal sehebat Kendal Jenner?

Featured Tue, 11 Nov 2025
Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Liyana Jasmay Kembali Dalam Drama Cikgu, Papa Kirim Salam

Buat para peminat LJ yang merindui lakonannya, Liyana Jasmay kini kembali dalam Drama Cikgu, Papa Kirim Salam di slot Dahlia TV3.

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Events Wed, 26 Feb 2025
Featured Tue, 22 Oct 2024
error: Content is protected !!