Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd March 16, 2021 @ 5:12pm

“Tak Pakai Pelitup Muka Tak Wajar Disaman RM 10,000”- Kerajaan Akan Perincikan Kesalahan Layak Dikompaun

Umum maklum, sejak 11 Mac lalu kerajaan mengumumkan akan mengenakan kompaun RM10, 000 kepada individu yang ingkar SOP, manakala kompaun RM 50,000 pula buat syarikat dan kedai.

Disebabkan keluhan beberapa pihak yang disaman walaupun melakukan kesalahan kecil, kerajaan memutuskan untuk memperincikan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun RM 10, 000.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, jika kesalahan yang dilakukan adalah kecil seperti tidak memakai pelitup muka, pesalah tidak wajar dikenakan kompaun RM10,000.

“Ketegasan undang-undang perlu ada tetapi pada masa yang sama budi bicara juga perlu ada bagi mewujudkan keseimbangan di antara kedua-duanya,” katanya.

Beliau juga menegaskan kompaun tersebut bukan bertujuan menghukum sebaliknya berperanan sebagai langkah pencegahan dan pengajaran agar matlamat kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini tercapai.

Sumber: Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Jan 2024

1,000 Masjid Musnah Dibom Tentera Isra*l

Allahu..terus berdoa semua, moga saudara-saudara kita di Gaza segera diselamatkan.

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

“Aku Akan Tolong Adik-Beradik Yang Susah Sampai Semua Berharta” – Kak KM

Kak KM tak sanggup tengok adik-beradik dalam keadaan susah

Hiburan Fri, 29 Aug 2025

Isu MV Island Boi: “Jangan Salahkan Baby Shima, Lelaki Gila S*ks Ada Masalah Mental” – Dr Afif

Baby Shima terima mesej berbaur lucah, ada peminat yang cemburu dengan model dalam MV Island Boi.

Featured Fri, 5 Jun 2020
Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Featured Tue, 21 Apr 2026

Nash Selamat Jalani Pembedahan Jantung – “Doktor Masukkan Satu Stent Untuk Buka Arteri Koronari Tersumbat”

Datuk Nash kini dikhabarkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan jantung di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor.

error: Content is protected !!