Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin December 4, 2018 @ 12:00pm

Resipi Bubur Anak Lebah, Manisan Popular Negeri Perak Yang Wajib Anda Cuba!

Anda pernah makan bubur anak lebah? Penulis sendiri tak pernah lagi makan bubur ini. Dengar nama bubur ini saja sudah pelik kan?

Tapi, itulah uniknya resipi yang lahir dari negeri di Malaysia ini. Setiap negeri pastinya ada makanan popular mereka yang patut kita semua mencubanya!

Untuk pengetahuan anda, bubur ini antara manisan yang popular di negeri Perak. Biasanya, bubur ini dihidangkan untuk majlis kegembiraan seperti majlis menyambut kelahiran dan menyambut tetamu. Nak tahu cara membuatnya? Jom tonton video ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Adik’s Bubur Anak Lebah. Manisan yang popular di Negeri Perak. Dihidangkan untuk majlis melambangkan kegembiraan. Contohnya semasa majlis menyambut kelahiran anak atau menerima menantu. Sedap dimakan bersama-sama dengan pulut yang ditanak atau dikukus dan dirawa dengan pati santan dicampur garam. Selalunya, anak lebah diparut terus kedalam santan dicampur dengan gula dan sambil tu tangan mengacau santan supaya santan tak pecah. Oleh kerana saya takut santan tu pecah, maka saya parut ke dalam air gula dulu dan bila dah habis parut baru masukkan santan. Hasilnya lebih baik. Saya teringat semasa saya berada di darjah dua, balik sahaja dari sekolah, ada seorang makcik memberitahu saya, “Adik, adik dah dapat adik baru, lelaki!” Saya terus berlari balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah, saya nampak mak sedang terbaring sambil tersenyum memandang saya. Apabila saya memandang adik baru saya, saya tengok mukanya comel,hidung mancung dan putih macam mak. Alaaaaa… saya tak ada geng kulit gelap la macam ni. Selepas habis pantang,mak masak bubur anak lebih dan beri kepada jiran-jiran. Sedapnya bubur anak lebah ni❤️ ▪️Kredit lagu latar : Timang-timang anak oleh Abdullah Chik dan Yusni Hamid *️⃣Bahan-bahan Doh Anak Lebah 2cawan tepung beras ¼ cawan tepung gandum Sedikit garam 1 cawan air pandan (dari 3 helai daun pandan) *️⃣Bahan-bahan kuah santan 7 cawan air 2 cawan santan kotak Adabi 2 sudu kecil garam Daun pandan *️⃣Bahan-bahan pulut 2 cawan pulut -kukus atau tanak Santan pekat + garam- untuk rawa dengan pulut @adabi_consumer @syedded #adikfoods #adikfoodsrecipe #resepi #recipe #recipes #yummy #delicious #foodie #foodporn #homemade #sugar #homecooking #perak #sweet #dessert #malaysia #singapore #indonesia #brunei #asianfood #asian #instafood #instacook

A post shared by Adik & Foods (@adikfoods) on

Bahan-bahan untuk doh anak lebah

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1 cawan air pandan (dari 3 helai daun pandan)

Bahan-bahan untuk kuah santan

  • 7 cawan air
  • 2 kotak santan kotak
  • 2 sudu kecil garam
  • Daun pandan
  • 2 sudu gula

Bahan-bahan untuk pulut

  • 2 cawan pulut kukus atau tanak
  • Santan pekat
  • Garam 

Cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan dan masukkan sikit demi sedikit air pandan sambil kacau. Kacau sehingga menjadi doh. Ketepikan.

2. Panaskan air bersama gula di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih. Ambil doh tadi dan parutkan ke dalam air yang mendidih tadi. (Rujuk video)

3. Masukkan pula, daun pandan dan santan. Kacau sehingga santan masak. Siap!

4. Untuk membuat pulut pula, kukus pulut bersama santan pekat dan garam. Biarkan sehingga masak.

5. Apabila dah masak pulutnya, boleh makan bersama bubur tadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Feb 2023
Featured Fri, 3 Jan 2020

Adab memotong kuku, antara mitos dengan sunah

Ketahui cara betul yang disarankan dalam Islam

familuv Mon, 4 May 2020

Tiga anak petugas barisan hadapan, ibu mana tidak risau

Sentiasa pesan pada anak, bekerja kerana Allah

Featured Wed, 11 Dec 2024
Featured Wed, 15 Mar 2023

Shila Amzah Kongsi Momen Tangani Anak Alami ‘Speech Delay’- “Kena Banyak Bersabar, Jangan Give Up!”

Wah, sekali dia sebut words sedap giler dengar! Accent tu mahal ek..🤩

Featured Fri, 9 May 2025
Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kesian Tengok Muka Menahan Malu..” – Netizen Sedih Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu?

Aduhai, sanggup pula tu Kak Long 7E jadi macam tu 🥲 Netizen simpati tengok Kak Long, mungkin terpaksa terima sebab terdesak 😣

Featured Mon, 28 Aug 2023

Sophia AlBarakbah Didakwa Putus Dengan Kekasih?

Serius lah dah breakup?🤓🤓🤓

error: Content is protected !!