Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 11, 2025 @ 6:45pm

Isu Rekaan Busana Kahwin Serupa, Ezlisa Loy Enggan Panjangkan Isu – “Jangan Gaduh Pasal Baju”

Pelakon yang juga adik kepada aktres popular, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy akhirnya tampil memberiakn respons susulan baju kahwinnya yang dikatakan menyerupai busan acucu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Ally Mukhriz.

Kata Ezlisa menerusi temu bual bersama portal hiburan, dia tidak mahu memanjangkan isu tular tersebut kerana mahu menjaga nama baik keluarganya dan suami.

Jelasnya, rekaan tersebut adalah hasil daripada ‘research’ yang dibuatnya sebelum menjelang hari perkahwinan.

“Isu dia tak besar tapi apa yang saya nak terangkan adalah saya cuma nak bahagia on my big day. Saya kalu marah sehari tu sahaja. Lain hari saya move on sahaja.

“Mostly saya yang plan everything, baju nikah, sanding, baju belah suami. Saya screenshot daripada pinterest, saya tengok designer lain. Macam kain saya ambil dari Rizman Ruzaini sebab designer kegemaran kakak saya juga dan saya suka sangat dia punya details, gaun songket semua.

“Tak ada isu apa pun. Saya takut nak bagi statement sebab dia boleh jadi positif ataupun negatif sebab saya baru berkahwin. Kalau boleh saya nak jaga nama keluarga saya, keluarga suami so, tak nak bagi banyak statement nanti saya risau. Sebab anything can happend,””katanya.

Dalam pada itu, Ezlisa atau nama penuhnya, Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, berkata, dia cuma mahu gembira menjalani setiap momen di hari bahagianya.

“Saya okay, dan saya harap orang lain semua pun okay.

“Memang saya okay, tapi saya risau kalau orang cakap buruk pasal perkahwinan saya. Kalau boleh setiap hari saya doa tak nak ada apa-apa benda negatif towards my wedding at all.

“Dan, saya akan makesure apa yang saya tulis very respectful, tak nak bergaduh just be happy on my big day, on your big day just let us be happy,” jelasnya.

Ketika disoal mengenai tindakan kakaknya, Elfira Loy yang sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan ‘panas’, Ezlisa menjelaskan, tindakan kakaknya itu hanyalah kerana mahu melindunginya.

“Saya pun terkejut juga, tapi macam my sister dia basically mestilah kakak nak protect adik dia and i used to do that too.

“Dia pun ada bagi nasihat supaya saya keep calm and just be happy on my big day, tak emosi sangat. Saya dengan kakak saya, okay sahaja.

“Kadang-kadang dia keluarlah apa-apa statement dia nak, saya okay sahaja. Kalau ada yang terasa from our side saya minta maaf supaya orang-orang tak membesarkan isu ni.

“Pasal baju je, jadi jangan gaduh pasal baju,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Semua Bride Nak Nampak Cantik, Bukan Nak Masuk Competition Baju Siapa Paling Lawa” – Elfira Loy

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Nak Banding Siapa Lebih Cantik” – Ally Mukhriz Bersuara Isu Gaun Kahwin, Tak ‘Bitter’ Dengan Ezlisa Loy

 

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Malas Cari Calon Suami, Zizi Kirana Serah Pada Ibu

Zizi Kirana nekad memberikan sepenuh kepercayaan kepada ibu untuk memilih bakal suaminya.

Featured Fri, 28 Sep 2018

Berusia 12 Tahun, Janna Jihad Ayyad Diiktiraf Wartawan Termuda Dunia!

Bagi Janna, kamera adalah senjatanya dalam mendedahkan kebenaran yang berlaku di Palestin.

Kes Mahkamah Thu, 13 Jun 2024
Hiburan Mon, 4 May 2026

Rezeki Berbadan Dua, Amira Othman Syukur Terus Diberi Peluang & Kepercayaan

Amira yang menjadi duta sejak 2025 menyifatkan kerjasama bersama Rissa Skin sebagai satu perjalanan yang dekat dengan dirinya

Events Mon, 30 Jun 2025

“Orang Tuduh Saya Penunggang Agama”- Busana Dikritik Seksi, Linda Rafar Alami Anxiety

Linda malu apabila ada yang bertindak menyeru nama ustaz Wadi Annuar.

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Mon, 16 Feb 2026

“Kacau Market Orang Lain? Rezeki Allah Tentukan, Kita Sebagai Manusia Harus Usaha” – Kelly Azman

Kelly Azman selebriti serba boleh kini mengorak langkah lebih besar.

error: Content is protected !!