Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 16, 2026 @ 12:34am

“Kacau Market Orang Lain? Rezeki Allah Tentukan, Kita Sebagai Manusia Harus Usaha” – Kelly Azman

Selebriti serba boleh, Kelly Azman tidak mengehadkan laluan kerjayanya dalam satu bidang sahaja.

Mula menjinakkan diri dalam dunia keusahawan, Kelly kini bergelar pengarah projek bagi Festival Raya, Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 15 Mac 2026.

Tidak menjanjikan ‘bulan bintang’ kepada orang ramai, Kelly mahu berusaha sehabis baik bagi memeriahkan festival yang dianjurkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cover Lagu Finalis AJL39 Dapat Kecaman, Kelly Azman Tak Ambil Hati – “Saya Tukar 10 Pasang Baju, Menyanyi Live Recording”

“Sebenarnya, saya tak mahu jadikan kelainan dan pembaharuan kepada pengunjung. Untuk permulaan, kita cuba sedaya upaya memberikan sesuatu yang istimewa kepada mereka yang datang kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Kelly turut menjawab dakwaan dia mengganggu ‘market’ festival raya lain yang turut berlangsung pada bulan yang sama.

“Apa yang saya kacau market? Di Malaysia, kita bebas berniaga dengan saluran yang betul. Jadi, bagi saya, rezeki Allah tentukan, kita sebagai manusia haruslah berusaha untuk mencari rezeki. Jadi tiada istilah saya nak kacau market dan sebagainya,” katanya.

Bakal berlangsung selama 88 jam tanpa henti di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL), festival ini menggabungkan ibadah, membeli-belah, fesyen, kecantikan dan hiburan patuh Ramadan serta membolehkan pengunjung hadir pada bila-bila masa dengan konsep ‘masuk bila-bila, raikan Raya tanpa henti’.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lebih 15 Tahun Kami Menjalin Kolaborasi” – Serasi Bersama, Kelly Azman Senang Bergandingan Dengan Ani Maiyuni

Pengisian dibahagikan mengikut zon masa bagi menjaga suasana Ramadan, dengan aktiviti kerohanian pada siang hari dan hiburan terkawal pada waktu malam. Penganjur menyasarkan lebih satu juta pengunjung termasuk keluarga, usahawan, pencipta kandungan dan pelawat antarabangsa, selain menawarkan pengalaman berbuka dan sahur melalui Rasa Fusion Food Festival.

Acara turut menampilkan 88 selebriti dan pempengaruh, segmen ‘Happy Hour Hujan Duit’ sehingga RM18,888 serta cabutan bertuah bernilai RM188,888. Berlangsung 10 hari sebelum Aidilfitri, festival ini dijangka menjadi antara acara Raya terbesar negara dengan sokongan pemasaran menyeluruh dan penyertaan pelbagai jenama tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

THINK YOU OR YOUR FRIEND IS A HOTTIE? WHY NOT BE CLEO’S 2018 BACHELOR?

Got some hot guys to recommend? Even if the person is yourself, don’t be shy, just sign up!

Hiburan Tue, 19 Dec 2023

Raisa Dedah Pertemuan Pertama Dengan Meerqeen & ‘Lamaran’ Berlakon Dalam Muzik Video

Wahh untungnya Meerqeen! Best sangat MV Tak Berharap Lagi

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

‘DETAIL’ Buah Tangan Terbaharu Alif & SonaOne

Anda sudahpun mendengar lagu pertama mereka berjudul “Obvious” dan ini diikuti dengan persembahan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu lewat “Pun Boleh” yang penuh bertenaga.

Featured Wed, 24 Apr 2024
Featured Thu, 31 Jul 2025
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Hantar Anak Check Up Dentist, Alih-Alih Gigi Fizo Omar Yang Kena Cabut!

Pelakon Fizo Omar terkejut apabila mengetahui dia masih memiliki gigi bongsu biarpun sudah menginjak usia 40 tahun.   View this post on Instagram   A post shared by Fizo Omar (@fizoomar) Perkara tersebut diketahui Fizo […]

Trending Wed, 16 Feb 2022
Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Zarina Anjoulie Kutuk Minah Dagu Senget, T***k Mini Sajat?

Zarina Anjoulie label wanita ini sebagai…

error: Content is protected !!