Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 11, 2025 @ 5:23pm

Idzham Ismail Tunggu Kifarah, ‘Berat’ Galas Tanggungjawab Sebagai Bapa Tunggal – “Kalau Nak Curang, Jangan Kahwin”

Pelakon, Idzham Ismail yang kini menggalas tanggungjawab sebagai bapa tunggal, dalam masa sama cuba meneruskan kelangsungan hidup sebagai anak seni.

Tanpa berselindung, Idzham meluahkan isi hati di platform Threads, memberi bayangan betapa berat ujian yang ditanggung sehingga dia hanya mampu berharap agar kifarah menjadi pembela buat dirinya dan anak-anak.

“I’m praying for kifarah to do its job now. Kesian anak kecil. Insya-Allah, more to come,” tulisnya.

Menurut Idzham, meskipun tidak berdepan masalah menjaga anak-anak, namun perkembangan kariernya sedikit terjejas kerana perlu memberi sepenuh perhatian kepada dua cahaya matanya yang sedang membesar.

“Saya okay dengan keadaan sekarang, tapi penat untuk fikir soal masa depan kerjaya. Macam mana nak tambah lebih besar kalau beban pun makin berat?,” soalnya.

Dalam satu lagi kenyataan tegas, Idzham turut menitipkan pesanan buat kaum wanita agar tidak bermain api ketika berada dalam sebuah ikatan perkahwinan.

“Kalau rasa nak pasang lain, jangan kahwin. Itu sahaja nasihat saya,” balasnya kepada komen seorang individu.

Dalam pada itu, aktor drama Melestik Ke Hatimu 2 ini menegaskan dia tidak pernah ‘gantung’ kerjaya seninya, sebaliknya terpaksa memberi keutamaan kepada anak-anak yang memerlukan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya.

“Orang berhenti kerja sebab malas hadap persekitaran toksik tak sama dengan orang berhenti kerja demi anak-anak. Jangan salah faham. Kita diam, orang sangka kita dipaksa berhenti,” katanya.

Tambah Idzham, sekiranya dia bertemu jodoh semula, bakal isteri itu perlu bersedia menerima hakikat dirinya kini mempunyai banyak komitmen termasuk tanggungan terhadap anak-anak.

Untuk rekod, pada November tahun lalu, Idzham mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya menerusi hantaran di Instagram Stories dan menegaskan keputusan itu adalah muktamad serta tidak akan berpatah balik.

Pelakon itu juga pernah berkongsi rumah tangganya telah bermasalah sejak empat bulan sebelum itu sehingga membawa mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 10 Oktober.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Oct 2019

‘Wanita Bukan Saingan Tapi Pelengkap’- Haniza Talha

Penglibatan wanita tidak boleh dilihat sebagai saingan sebaliknya mereka lengkap melengkapi antara golongan lelaki.

Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Rancang Lancar Aplikasi Sedekah, Netizen Pertikai Niat Murni Vivy Yusof 

Niat Vivy Yusof mahu buat aplikasi sedekah dipertikai

Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Thu, 17 Oct 2024

Kes Khalwat Bersambung Februari 2025, Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut… Enggan Ditemubual Media

Alamak, kenapa Aliff dengan Ruhainies diam membisu je, tak apalah sama-sama kita nantikan perkembangan kes tahun depan!

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

‘Nak Cakap Apa, Cakaplah’, Lan Typewriter Jawab Isu Guna Model Seksi Dalam Video Klip

Guna wanita seksi sebagai strategi pemasaran, apa kata Lan Typewriter?

Trending Mon, 20 Jan 2020
Hiburan Thu, 20 Jun 2024
Contest Sat, 26 Oct 2019

用「XTRA优惠码」以更低价格购买BTS限量版礼盒!

一扣再扣!只要用「XTRA优惠码」就能以更低价格,在Superdeals购买到BTS限量版礼盒!

error: Content is protected !!