Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 13, 2025 @ 1:42pm

Rancang Lancar Aplikasi Sedekah, Netizen Pertikai Niat Murni Vivy Yusof 

Usahawan kontroversi, Datin Vivy Yusof menerima kritikan sekali lagi selepas meluahkan hasrat dan niat murninya untuk membina sebuah aplikasi sedekah yang dipercayai akan memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan mereka kepada yang memerlukan.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story (IGs), Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof memberi peringatan kepada pengikutnya untuk bersedekah, sekali gus mencari individu yang mahu membantunya merealisasikan impiannya itu.

“Jangan lupa untuk sedekah di hari Jumaat. Saya bercadang untuk membuat satu aplikasi antara masyarakat dan badan kebajikan atau orang yang memerlukan.

“Ada yang nak bantu saya membinanya? atau ada sesiapa yang mahir dalam bidang ini?,” tulisnya.

Bagaimanapun, meninjau ke ruangan media sosial tindakan Vivy itu mendapat tentangan segelintir pihak yang mula membuat pertikaian.

Ada segelintir daripada mereka yang mendakwa Vivy mempunyai ‘niat’ lain susulan namanya dan suami, Datuk Fadza Anuar terpalit dakwaan membabitkan isu pecah amanah, baru-baru ini.

Pada 5 Disember lalu, Vivy dan Fazda itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.

Kesalahan tersebut didakwa telah dilakukan pada 21 Ogos 2018 dengan dana berkenaan dikatakan dipindahkan secara tidak sah daripada akaun syarikat Fashion Valet ke syarikat lain tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Artikel Berkaitan: Sempat Singgah ‘Shopping Mall’ Lepas Dapat Pasport Sementara, Vivy Yusof Terkejut Ramai Orang Awam Tanya Khabar & Peluk

Artikel Berkaitan: Tuduhan Pecah Amanah Bernilai RM8 Juta, Vivy Yusof Percaya Sistem Kehakiman Mampu Bersihkan Nama

Artikel Berkaitan: Vivy Yusof, Fadza Mengaku Tak Bersalah Kes Pecah Amanah RM8 Juta, Dilepaskan Dengan Jaminan RM100,000 Seorang & Diarah Serah Pasport

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

‘Bonda Nervous Nak Tambah Satu Lagi’- Yatt Hamzah Umum Hamil Anak Keempat

Mohon doa semua agar bonda yang lasak dan aktif menjaga tiga anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat serta kuat ya.

Featured Tue, 23 Nov 2021
Trending Tue, 10 Apr 2018

9 Mei Cuti Peristiwa, Jom Turun Mengundi!

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun rasmi Facebooknya selepas pengumuman tarikh-tarikh penting Suruhanjaya Pilihan Raya oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di sini hari ini.

Trending Fri, 15 Jan 2021
Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Mon, 21 Aug 2023

Azhar Sulaiman Buat Tawaran Nak Jual Nombor Plat MAF14, Harga Bidaan Bermula RM1.85 Juta

Fuhh cantik no tu.. Sesiapa yang berminat boleh terus lock!

Hiburan Thu, 11 Apr 2019

Hairi Safwan Buka Perniagaan Kereta Sewa?

Tak salah berniaga dengan cara apa sekalipun. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni kan?

Hiburan Tue, 3 Mar 2020

[VIDEO] “You Know I’m Cut, Finished”—Netizen Pelik Kenapa Sajat Dan Pasangannya Berbual Macam Itik Dan Ayam

Bukan sahaja isi perbualan Sajat dan pasangan menjadi bahan perbualan ramai, malah cara “unik” mereka berkomunikasi juga menimbulkan tanda soal bagaimana mereka berbual sebenarnya.

error: Content is protected !!