Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 11, 2025 @ 2:33pm

Disangka Penunggang Basikal Halang Bas, Ryzal Ibrahim Tampil Beri Penjelasan – “Kebetulan Baju Sama, Ramai Terkeliru”

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim tampil menafikan dakwaan kononnya dia terlibat dalam insiden sekumpulan penunggang basikal yang tular kerana didakwa menghalang laluan sebuah bas awam di kawasan Kuala Selangor, baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Ryzal atau nama penuhnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, menjelaskan gambar dirinya memakai pakaian sukan yang tular tiada kaitan langsung dengan kejadian tersebut.

“Gambar saya sedang selfie selepas penat mendaki bukit dan gambar aktiviti mereka tu tak ada kaitan pun. Saya sendiri pernah kritik aktiviti berbasikal secara berkumpulan macam tu sebab membahayakan. Basikal saya pun dah lama saya pulangkan pada pemilik asal,” jelasnya.

Menurut Ryzal, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi aktif dalam sukan itu kerana tidak mahu menyusahkan pengguna jalan raya lain.

“Dulu masa saya kayuh seorang pun dah rasa bersalah sebab ganggu kereta dan motor, apatah lagi kalau berkayuh ramai-ramai,” katanya.

Dalam masa sama, Ryzal juga memahami bagaimana kekeliruan itu tercetus dan dan tidak menyalahkan mana-mana pihak, termasuk netizen yang membuat andaian sewenang-wenangnya tanpa selidik terlebih dahulu.

“Baju saya pula hampir sama dengan mereka, itu yang ramai keliru. Tapi tak apalah, saya tak ambil hati pun dengan komen-komen tu. Mungkin mereka pun tak tahu keadaan sebenar,” katanya.

 

View on Threads

 

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan sekumpulan penunggang basikal bertekak dengan seorang pemandu bas selepas dipercayai berlaku salah faham mengenai laluan yang digunakan.

Ryzal bagaimanapun menegaskan dia tidak ada kaitan langsung dengan kejadian itu, sebaliknya hanya menjadi mangsa keadaan apabila gambarnya dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Tahniah! Siti Sairah Mengandung Lagi

“Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rohim. 2nd checkup. Wahai anak. Menantikan saat indah, walaupun hati berdebar..” tulis Sairah berserta foto imbasan ultrasound hitam putih.

Trending Mon, 18 Jan 2021
Hiburan Tue, 27 Feb 2024

Kerap Digandingkan Dengan Heroin Cantik, Shukri Yahaya Tiada Sebab Menduakan Isteri

Insya Allah, semoga yang baik-baik buat Shukri Yahaya dan isteri

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Remy Ishak Berhati-Hati, Amalkan Cara Elak Gangguan Mistik Selepas Lakon Filem Seram

Remy Ishak syukur tak pernah alami gangguan mistik walau sering berlakon filem seram

Hiburan Wed, 2 Jul 2025

Elisya Sandha Hampir Alami Kemurungan, Tempat Pembedahan C-Section Luka & Dijangkiti Kuman Ketika Berpantang

Elisya Sandha hampir alami kemurungan tempat bersalin luka dan dijangkiti kuman

Trending Mon, 23 Mar 2020
Hiburan Wed, 23 Apr 2025

Nora Ariffin Bersuara Tentang Maksud ‘Orang Ketiga’ Dalam Rumah Tangga

Nora Ariffin kongsi maksud orang ketiga dalam rumah tangga

error: Content is protected !!