Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin July 11, 2025 @ 6:41pm

Awie Nafi Terlibat Insiden ‘Serang” Shila Amzah – “Merangkaklah Cari Aku Kat Mahsyar”

“Kenapa petik nama saya pun, saya tak tahu apa-apa.

Demikian respons penyanyi legenda, Awie apabila namanya antara yang dipetik terpalit isu serangan membabitkan penyanyi Shila Amzah.

Kata Awie, perkara itu tidak masuk akal memandangkan dia sama sekali tidak pernah bercakap dengan pelantun lagu Pernah Punya Aku itu.

Malah, selain terkejut Awie enggan mengula slanjut mengenai insiden berkenaan memandangkan pada hari kejadian dia tidak berada di lokasi kerana terikat dengan komitmen kerja lain.

“Saya bercakap dengan Shila pun tak pernah. Saya memang tak tahu. Menyerang dia untuk apa?

“Sorry, mungkin ini salah faham orang kenapa petik nama saya pun tak tahu.Wallahualam.

“Biarlah benda tu tak ada kena mengena dengan saya.

“Kalau mereka (netizen) fitnah, tu hukumnya berat. Jadi saya tak ada jawapan untuk itu cuma saya nasihatkan mereka jangan fitnah.

“ketika kejadian itu saya tak pergi soundcheck kerana saya pergi watikah ini dan saya tidak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, figura rock itu juga mengakui sudah lali apabila sering dikaitkan dengan isu-isu bersifat fitnah seperti yang tular.

Sekaligus, menitipkan pesanan kepada warganet agar tidak mudah menghukum dan memetik nama mana-mana pihak berhubung insiden berlaku.

“Kalau nak ikutkan terkejut atau tidak nama dipetik, memfitnah dan sebagainya… saya dah mati lapan kali. Dengan kisah kematian saya yang tular dan baru-baru ni dikejutkan dengan laporan saya sakit lumpuh lah, kemalangan motor dan sebagainya.

“Tapi apapun saya doakan semuanya dapat hidayah dan tidak membuat fitnah. Paling teruk, cari saya untuk mohon maaf.

“Netizen tak bijak kalau main petik nama sahaja, bila dia sebut nama seseorang itu, maka merangkak lah dia mencari saya di mahsyar nanti.

“Datang jumpa saya cepat-cepat, minta ampun, minta maaf sebab benda ni fitnah,” tegasnya.

Terdahulu, Shila Amzah mengaku mengalami serangan anxiety selepas diherdik oleh penyanyi legenda ketika sesi latihan untuk konsert yang akan berlangsung di Stadium Merdeka.

Susulan insiden berkenaan, pihak polis kini telah membuka kertas siasatan berhubung isu tular tersebut termasuklah akan memanggil penyanyi legenda itu untuk diambil keterangan.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 May 2020
Featured Wed, 10 Aug 2022
Trending Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Tom Hanks Dan Rita Wilson Keluar Hospital, Ini Nasihat Mereka Kepada Orang Ramai

SETELAH seminggu disahkan menghidapi Corona (Covid-19),  pasangan Tom Hanks dan Rita Wilson sudah dibenarkan keluar daripada hospital dan perlu manjalani kuarantin di rumah buat sementara waktu. Pasangan ini gemar mengemaskini keadaan diri mereka menerusi laman […]

Featured Wed, 16 Jul 2025

[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Kahwin Sekufu, Syed Saddiq ‘Blushing’ Disoal Bakal Isteri Ada Keturunan Sharifah Atau Tidak?

UAI sekaligus menjelaskan mengenai konsep sekufu yang jarang diberi perhatian dalam bab perkahwinan.

Trending Fri, 28 Sep 2018

WOW… Kasut Termahal Di Dunia Dijual Di Dubai?

Syarikat yang berpangkalan di Dubai ini percaya dengan kepadatan penduduk terdiri dari golongan hartawan di bandar ini percaya kasut ini berpotensi mendapatkan pembeli.

Featured Mon, 15 May 2023

“Bertahun-Tahun Buat Taik Pun Tak Pernah Rasa Salah, Hati Busuk Bau Bangkai!” – Rita Rudaini Tempelak Siapa Tu?

“Hati dah membusuk dan berulat.. babi hutan depan kau pun nampak macam british short hair” – Rita Rudaini

Featured Wed, 8 Jun 2022

Bekas Diplomat & Anak Mengaku Tidak Bersalah Tanam 102 Pokok Ganja

Jika disabit kesalahan kedua-dua tertuduh akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan enam kali sebatan.

error: Content is protected !!