Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 11, 2025 @ 6:37pm

Azlan Komeng Syukur Krisis Rumah Tangga Bersama Isteri Selesai – “Saya Terpaksa Rahsiakan ‘Hubungan’ Dengan Orang Ketiga Demi…”

Pelakon Azlan Komeng meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangganya bersama isteri, Nilam Ortiz akhirnya menemui titik noktah selepas diselesaikan secara baik dengan bantuan pihak berkuasa agama.

Ketika ditemui XTRA, Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, 49, berkata dia dinasihati supaya tidak membuka aib rumah tangga kepada umum demi menjaga keselamatan isteri serta bayi dalam kandungan.

“Pihak pejabat agama menasihatkan saya agar tidak mengulas lanjut secara terbuka. Mereka bimbang perkara ini boleh mengancam keselamatan Nilam dan kandungannya.

“Sebenarnya, ada individu ketiga yang berniat jahat. Nilam sendiri tidak tahu tentang perkara ini kerana saya mahu melindunginya. Saya risau kalau dia terlepas cakap, saya tak boleh buktikan niat sebenar wanita itu,” katanya.

Menurut Azlan, kemelut yang tercetus bukan kerana kelemahan rumah tangga mereka, sebaliknya didorong oleh dendam individu yang tidak senang dengan perkahwinannya bersama Nilam.

“Niat wanita itu jelas mahu merosakkan hubungan kami. Mungkin masa itu saya jarang bersama Nilam, tetapi hakikatnya saya sedang berusaha mencari jalan penyelesaian.

“Benda kecil dibesarkan hingga dibawa ke pejabat agama. Alhamdulillah, saya dah jelaskan dan segalanya selesai. Ringkasnya, semua ini berpunca daripada dendam.

“Bukan sebab saya hebat, tapi kerana dia tak puas hati saya nikah dengan Nilam. Dia nak saya dengan dia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu Nilam Empire di Hotel Royale Chulan Damansara, pada Khamis.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan Azlan bersama seorang wanita berpurdah di dalam kereta. Individu dikenali sebagai Maizila itu memuat naik video luahan rasa syukur kerana sentiasa ditemani Azlan biarpun pelakon itu sibuk dengan komitmen kerja.

Kontroversi rumah tangga pasangan ini mula hangat diperkatakan selepas Nilam mendedahkan suaminya bakal berkahwin satu lagi, malah mengaku sudah bertemu calon madu.

Pada 9 April lalu, Nilam tampil ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur lengkap berbaju serba hitam bagi memfailkan tuntutan fasakh.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 May 2025

“Saya Akan Bagitahu Satu Dunia, This Is Our Movie!” – Ceddy Ang Bangga Dengan Kehebatan Ejen Ali The Movie 2

Filem Ejen Ali The Movie 2 menerima reaksi luar biasa daripada penonton dan pempengaruh tempatan!

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Ezlynn Kecewa Lagu Kurang Popular?

Mungkin kali ini kurang menerima sambutan, sebaliknya rezeki pada masa akan datang pula.

Events Wed, 26 Mar 2025

Kolaborasi Dengan Hot FM, ‘Contest Berbuka Puasa’ Temukan Alyph & Peminat – “Teruja Dapat Luangkan Masa Istimewa Ini “

Penyanyi rap asal Singapura, Alyph akhirnya menjalankan kolaborsi bersama dalam satu acara istimewa yang dipanggil  ‘Contest Berbuka Puasa’.

Trending Wed, 8 Jul 2020
Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Fedtri Yahya Kesal Lirik Lagu Berunsur L*cah – “Perlu Ada Batasan Kerana Ia Mengaibkan”

Fedtri Yahya kecewa lirik lagu berunsur lucah dalam dangdut

error: Content is protected !!