Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 12, 2025 @ 6:03pm

Pengalaman Sulung Beraksi Sebagai Pengarah, Fattah Amin Angkat Kisah Gelap Penuh Keinsafan Dalam ‘Noktah Dosa’

Hidayah, dosa dan peluang kedua menjadi nadi utama telefilem Noktah Dosa, karya menyentuh hati arahan sulung Fattah Amin dalam dunia pengarahan telefilem.

Ditayangkan menerusi slot Cerekarama TV3 pada malam ini, ia merupakan naskhah kedua dalam siri istimewa Dari Layar Ke Lensa yang menghimpunkan pengarah baharu dari kalangan pelakon tersohor.

Inisiatif Dari Layar Ke Lensa adalah usaha TV3 untuk menyemarakkan bakat kreatif tempatan dengan memberi ruang kepada nama-nama besar seperti Siti Saleha, Janna Nick, Zahiril Adzim dan Fattah Amin sendiri untuk berkongsi naratif yang lahir daripada pengalaman serta kejujuran emosi mereka.

Noktah Dosa mengikuti kisah Hafiz (lakonan Nafiz Muaz), pelajar pascasiswazah dalam bidang sosiologi yang menjalankan penyelidikan tentang kehidupan pelacuran di kota.

Penyelidikan itu membawa Hafiz ke lorong-lorong gelap ibu kota dan mempertemukannya dengan Kamelia (Datin Elvina Mohamad), seorang wanita yang terperangkap dalam kehidupan kelam bukan atas kehendaknya.

Tersentuh dengan kisah Kamelia, Hafiz berusaha untuk menyelamatkan wanita itu daripada genggaman Madam (Jasmin Hamid), ibu ayam yang mendominasi hidupnya.

Namun, persoalan timbul, sejauh mana kedua-dua watak ini mampu mencari jalan keluar dari belenggu masa silam? Adakah Kamelia sanggup meninggalkan segalanya demi sebuah sinar baharu?

Menurut Fattah Amin, Noktah Dosa membawa mesej yang mendalam dan wajar ditonton oleh semua.

“Penonton harus tonton telefilem pertama saya, Noktah Dosa, kerana ia membawa mesej yang jelas. Walaupun seseorang berada dalam pekerjaan yang penuh dosa secara zahir, kita tak sepatutnya cepat menilai. Hidayah itu milik Allah dan boleh sampai bila-bila masa, kepada sesiapa sahaja,” katanya.

Fattah turut menyentuh tentang cabaran mengarahkan salah satu babak penting iaitu ketika Kamelia berada di bilik mandi, simbolik kepada proses penyucian dirinya.

“Saya cuba mendapatkan visual solekan yang mengalir dari wajahnya dan jatuh ke lantai dengan jelas… Kami terpaksa reshoot beberapa kali… Walaupun tidak sempurna, tapi cukup untuk menyampaikan simbolik yang saya mahukan,” jelasnya.

Dengan barisan pelakon berkaliber seperti Nafiz Muaz, Datin Elvina Mohamad dan Jasmin Hamid, Noktah Dosa menjanjikan penceritaan yang menyentuh perasaan, sarat nilai keinsafan dan kemanusiaan.

Jangan lupa saksikan Noktah Dosa pada 12 Julai ini, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3. Teruskan juga menantikan dua lagi telefilem dalam siri Dari Layar Ke Lensa: Susu Lima Kupang arahan Janna Nick (19 Julai) dan Pencuri Rumah Imam arahan Zahiril Adzim (26 Julai).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

‘CINTA PALSU’ MAZUIN HAMZAH?

Mendapat lebih dari 119k tontonan, DS Vida turut memuat naik beberapa keping  gambar lagi yang memperlihatkan wajah putera ketiga Mazuin, Pengiran Khaleed, 23 tahun.

Featured Fri, 6 Feb 2026

Mimi Fly Titip Pesan, Minta Jangan Terlampau Berkorban – “Belajar Tanya Diri Apa Yang Kita Nak”

Kata Mimi, mereka yang mempunyai sikap suka ‘berkorban’ untuk orang lain perlu dihentikan segera

Featured Wed, 6 Jul 2022
Featured Mon, 28 Apr 2025
Featured Mon, 6 Apr 2026

Fazley Yaakob Persoal Sikap Buka Aib Pasangan Selepas Berpisah – “Bila Bercinta Semua Kelemahan Kita Pelihara Elok Tapi…”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil meluahkan pandangan peribadinya mengenai sikap segelintir individu yang dilihat mudah membuka aib bekas pasangan selepas hubungan berakhir.

Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Trending Tue, 17 Aug 2021
error: Content is protected !!