Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 14, 2025 @ 5:00pm

Anak Sulung Belum Cecah Umur Setahun, Dai Syed Kongsi Isteri Kini Hamil Anak Kedua!

Meskipun anak sulung belum mencecah usia setahun, pendakwah bebas Dai Syed membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya dan isteri tercinta, Hana Ismail bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsi secara ringkas menerusi Instagram miliknya, apabila Syed atau nama penuhnya Syed Iqmal Syed Mohd Shaiful memuat naik foto keluarga kecil mereka.

Bagaimanapun, penampilan sosok tubuh Hana yang kelihatan sedang berbadan dua meraih perhatian.

“Doakan keluarga kecil kami,” tulisnya ringkas .

Dalam pada itu,  Dai Syed tidak menyatakan secara lanjut mengenai usia kandungan atau jantina bayi mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut pasangan terbabit membanjiri ruangan komen dengan  ucapan tahniah dan doa.

Untuk info, Dai Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Aug 2023

35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

Kita doakan yang baik-baik. moga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk semua pihak💖

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Lakonan Sofi Jikan, Aprena, Abam Bocey, Wan Hanafi Su & Fauziah Nawi Dalam ‘Jodoh Syaitan’

Asey menegaskan biarpun pasaran filem tempatan buat masa ini dilihat tidak menentu namun ia bukan halangan untuknya menerbitkan filem Jodoh Syaitan.

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Featured Sat, 28 Sep 2019

Empat penyakit mata yang boleh menggelapkan masa depan anak anda!

Ambil tahu dan bantu anak atasi masalah mata mereka

error: Content is protected !!