Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 17, 2025 @ 2:25am

‘Get Busy’ Lagi! Sean Paul Bakal Gegar Idea Live Arena 10 Oktober

Bintang global Sean Paul akan kembali menghiburkan peminat Malaysia dalam sebuah konsert eksklusif yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2025 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

Kali terakhir penyanyi rap dan penulis lagu kelahiran Jamaica itu menjejakkan kaki ke negara ini ialah pada tahun 2018. Kini, selepas tujuh tahun, kehadirannya dijangka mencipta satu lagi fenomena dalam kalendar hiburan tanah air.

Konsert ini dianjurkan oleh Epic Elation dengan kerjasama padu daripada Sound Innovations, Spike Productions dan LFG Entertainment. Ia dijangka menjadi antara acara muzik paling epik tahun ini, menyatukan elemen muzik, budaya dan hiburan dalam satu malam penuh tenaga dan nostalgia.

Dalam persembahan yang bakal memukau ribuan peminat, Sean Paul akan menyampaikan rangkaian lagu-lagu popular yang pernah melonjakkan namanya ke persada antarabangsa seperti Temperature, Get Busy dan No Lie.

Selain itu, Sean turut akan mempersembahkan karya terbaharu termasuk single terkini berjudul Ginger yang kini sedang mencatat populariti tinggi di pelbagai platform penstriman muzik seluruh dunia.

“Kami sangat teruja membawa semula Sean Paul ke Malaysia. Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah perayaan muzik dan keterhubungan global yang pastinya akan menjadi kenangan manis buat semua peminat,” kata wakil penganjur dari Epic Elation.

Sean Paul sendiri tidak menyembunyikan rasa teruja untuk kembali beraksi di hadapan peminat Malaysia.

“Setiap kali saya menjelajah dan bertemu peminat dari serata dunia, ia adalah satu pengalaman yang sangat istimewa. Peminat Malaysia sentiasa memberikan tenaga luar biasa. Saya sangat teruja untuk mempersembahkan Ginger secara langsung kerana lagu ini ada aura tersendiri, saya yakin anda semua akan menikmatinya,” katanya.

Tiket konsert akan mula dijual secara rasmi pada 21 Julai 2025 melalui platform fantopia.io dan dijangka mendapat sambutan hangat. Peminat dinasihatkan mendapatkan tiket bermula dengan harga RM363 sehingga RM493 lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan kerana kapasiti tempat duduk adalah terhad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Drama Pilihan ASK 2019, Korang Tentukan Mulai 1 September Ini!

Selamat menonton drama pilihan calon pemenang ASK 2019 !

Featured Wed, 6 Oct 2021

160,000 Kenderaan Sehari Dijangka Ke Pantai Timur

Kebenaran rentas negeri dijangka bakal diberikan kepada rakyat setelah negara mencapai kadar 90 peratus vaksinasi. Justeru, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad  menjangkakan trafik lebuh raya […]

Events Tue, 14 Jan 2020

Ronan Keating To Set The Most Beautiful And Romantic Concert In Malaysia This Valentine’s Day

The lead singer of the 90’s sensational boy group, Boyzone is returning to Malaysia this February.

Events Thu, 17 Apr 2025
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Trending Tue, 24 Apr 2018

Berjaya Tukar Nama, Selamat Tinggal Kentut!

Ihsan berkata anak lelakinya sering enggan ke sekolah kerana selalu diejek rakan-rakannya. Lihat betapa besar pengorbanan bapanya kepada anak, sanggup menukar nama!

error: Content is protected !!