Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 17, 2025 @ 7:07pm

“Sesungguhnya Bukan Semua Yang Bernama Tiri Itu Jahat” – Shila Amzah Syukur Dikurniakan Suami Hebat

Penyanyi popular, Shila Amzah meluahkan rasa syukur dikurniakan dengan susuk seorang suami yang hebat.

Kata Shila, suaminya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau lebih mesra dengan panggilan Ubai merupakan seorang suami yang terbaik dalam menunjukkan contoh yang baik buat dirinya dan anak-anak.

“Thank you for being a great Husband. Thank you sebab selalu betulkan saya seandainya saya salah.

“Terima kasih kerana tidak perlu takutkan saya kerana kita saling hormat menghormati. Terima kasih kerana selalu memanusiakan insan lain,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pernah Punya Aku ini menitipkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana Ubai  menerima dirinya seadanya termasuklah melayan anak tirinya, Seth Uwais Haris Idraki seperti anak sendiri.

“Terima kasih sebab layan seth seperti anak awak sendiri tanpa perlu kejam kepada anak tiri.

“Sesungguhnya bukan semua yang bernama tiri itu jahat. Yang baik itu ramai, yang kejam itu terlalu kejam,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Shila menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IGS) miliknya beserta fotonya bersama Ubai.

Untuk info, Seth Uwais adalah anak hasil perkahwinan pertama Shila dengan Haris Idraki Elias.

Shila kemudian berkahwin buat kali kedua bersama Ubai pada 5 Ogos 2023. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Rhea Akira.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Tue, 23 Apr 2019

Feel Refreshed with These 3 New Blended Drinks this Summer

It’s getting really hot these days so why not beat the heat with some cool drinks.

Selebriti Thu, 21 Dec 2023
Trending Hari Ini Tue, 12 May 2020
Events Wed, 17 Jul 2019

张栋樑首代言护肤品牌!大胆直接点名素颜女艺人

张栋樑为首代言护肤品牌回马站台!发布会上大胆畅聊「忌讳话题」,直接点名素颜女艺人~

Featured Fri, 9 Dec 2022

Dedahkan Rahsia Disukai Ramai, Ustaz Abdullah Khairi Tegaskan Bacalah…

Pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi tular di media sosial kerana berkongsi tip untuk disukai dan disenangi oleh orang ramai. @ciknurul06 Amalan mengelakkan permusuhan #ceramah #ceramahpendek #selfreminder #ustazabdullahkhairi #fyp #fypシ ♬ original sound – ciknurul06 Perkongsian […]

Trending Tue, 16 Jul 2019

Tertusuk Penyedut Minuman Besi DiMata & Tembus DiOtak

Terkejut melihat penyedut minuman itu tertusuk matanya dan menembusi kepalanya

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

“Dia Masih Suami Saya, Tapi…” – Adira Tetap Dengan Pendirian

All the best Adira untuk Separuh Akhir 34 Muzik Muzik nanti!

Featured Tue, 14 Mar 2023
error: Content is protected !!