Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Padin July 17, 2025 @ 1:00pm

Anak Seni Cilik Tunjuk Taring! Daya Kreatif Kanak-Kanak Menyerlah di CEO Art Challenge 2025

Siapa kata impian kanak-kanak tak boleh jadi karya seni yang wow? Itulah yang dibuktikan oleh ratusan murid sekolah rendah yang menyerlahkan kreativiti masing-masing dalam pertandingan CEO Art Challenge 2025 anjuran Genting Malaysia, dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Sekolah Kebangsaan Sri Layang.

Di bawah payung program CSR ‘Genting Bersama Malaysia’, pertandingan ni bukan sekadar acara mewarna suka-suka. Kanak-kanak dari prasekolah sampai ke tahun 6 diberi peluang untuk melukis impian paling indah mereka tentang percutian keluarga di Resorts World Genting dan hasilnya? Penuh warna, penuh fantasi dan penuh momen yang comel belaka!

Pertandingan yang berlangsung dari 18 Jun hingga 2 Julai itu berjaya mengumpulkan lebih 170 peserta cilik dan 21 pemenang diumumkan dalam satu majlis comel dan meriah di SK Sri Layang. Hadiahnya pun bukan calang-calang, dari tiket ke Skytropolis Indoor Theme Park, ke set permainan dan plushies, siap dapat sijil penyertaan lagi.

“Menerusi inisiatif Genting Bersama Malaysia, kami bukan sekadar meraikan kreativiti, kami memperkasakannya. CEO Art Challenge ialah platform bagi kanak-kanak untuk berani bermimpi, bebas mengekspresikan diri dan yakin terhadap kekuatan idea mereka.

“Setiap lukisan mencerminkan inspirasi anak-anak kita melalui perspektif kesejahteraan dan kebersamaan,” kata Spencer Lee selaku Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam, Resorts World Genting.

Apa yang paling best, semua karya pemenang dan peserta akan dipamerkan di Resorts World Genting dalam satu showcase khas, supaya semua orang boleh tengok betapa hebatnya imaginasi dan bakat kanak-kanak pewaris masa hadapan kita. Cute pun ya, genius pun ya!

Inilah bukti bahawa seni bukan milik golongan dewasa sahaja, dengan sedikit sokongan, kanak-kanak pun boleh jadi ‘CEO’ dalam dunia kreativiti mereka sendiri!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 9 Aug 2018

Ada Cara Baik, Jangan Terus Hukum Golongan LGBT

Antaranya ialah usaha untuk mendekati mereka, berdialog, memberi kefahaman Islam yang sebenar dan memberi hak asasi sama seperti rakyat Malaysia lain. Namun, dalam masa sama kita kena perjelaskan sebenarnya Islam ini adalah agama fitrah.

LIFESTYLE Mon, 16 Sep 2019

Ketahui Punca Jerebu Yang Makin Berleluasa

Setiap tahun berlaku semenjak 2015. Bila terjadi seisi persekolahan boleh terganggu

LIFESTYLE Sun, 8 Sep 2019

Jika Guna Jeriji Ini Mungkin Dapat Selamatkan Nyawa Dalam Kebakaran

Tak sangka ada jeriji yang boleh selamatkan nyawa terutama masa kebakaran. Jom baca

Hiburan Mon, 13 May 2019

Percutian Mewah Zahiril Adzim Dan Shera Aiyob Di Perth, Australia Confirm Buat Korang Jealous!

Wah! bestnya tengok Zahiril Adzim sekeluarga bercuti di Perth, Australia

Fab Foodies! Mon, 25 Feb 2019

「3种食物」舍不得丢?当心省出「癌症」来

预防胜于治疗,专家提醒「3种食物」千万不能舍不得丢掉,否则可能省出「癌症」来!

LIFESTYLE Fri, 29 Nov 2019

Tak Sangka Berjalan Laju Boleh Panjang Umur

Pada siapa yang nak panjang umur, boleh mula dengan jalan lebih laju ya!

Fab Foodies! Fri, 17 Nov 2017

Anak Tak Mahu Makan Nasi? Cuba Nugget Nasi

Anak Tak Mahu Makan Nasi? ‘Kaburi’ Mata Anak Dengan Tukarkan Nasi Putih Kepada Nugget Nasi

LIFESTYLE Tue, 16 Jul 2019

Kerana Orang Ketiga Punca Kes Cerai Beribu DiMalaysia

Antara penyebab cerai adalah tiada persefahaman antara pasangan, masalah kewangan dan kewujudan orang ketiga termasuk mentua.

LIFESTYLE Wed, 18 Dec 2019
error: Content is protected !!