Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 17, 2025 @ 8:00pm

Andmesh Kamaleng & Ziva Magnolya Bakal Gegarkan Konsert Festival Tentang Cinta Di Sabah!

Penyanyi popular Indonesia, Andmesh Kamaleng dan Ziva Magnolya bakal tampil menggegarkan Festival Tentang Cinta, sebuah konsert berskala besar anjuran Extreme Visionary Venture yang akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

Konsert ini bukan sekadar meraikan muzik cinta, tetapi menjadi simbol penyatuan peminat dari Malaysia dan Indonesia.

Selain Andmesh dan Ziva, turut menyerikan pentas ialah penyanyi Ara Johari, Adira Suhaimi, Mary Grace, dan Hael Husaini.

Menurut Pengarah Urusan Extreme Visionary Venture, Julianah Ishak, penganjuran sulung konsert ini dapat memikat hati rakyat Sabah dan menjadi satu kenangan istimewa buat semua.

“Ini adalah kali pertama kami menganjurkan Festival Tentang Cinta dengan kolaborasi artis serantau.

“Kami harap ia akan mendapat sambutan hangat dari peminat Sabah dan kawasan sekitar,” katanya.

Dalam pada itu, pemennag tempat ketiga pertandingan nyanyian Indonesian Idol, Ziva Magnolya berkata, dia berasa teruja apabila tampil buat kali pertama di Kota Kinabalu.

“Saya sangat menghargai peluang ini. Jangan lupa beli tiket dan jumpa kami di SICC, 9 Ogos nanti,” kongsinya.

Manakala Andmesh Kamaleng yang popular menerusi Hanya Rindu ini berkongsi, ini adalah kali kedua dia membaut persembahan di Sabah sekaligus mengaggap ini adalah peluang untuk mengeratkan hubungan peminat serantau.

“Kami akan beri yang terbaik termasuklah dari susunan muzik, semangat hingga ke persembahan keseluruhan,” tambahnya.

Konsert ini turut mendapat sokongan Tourism Malaysia sebagai usaha mempromosi pelancongan domestik melalui penganjuran acara hiburan berskala besar.

Harga tiket Festival Tentang Cinta:

  • VVIP – RM988
  • VIP – RM488
  • Gold – RM288
  • Silver – RM158

Tiket kini boleh dibeli secara dalam talian di: www.ticket2u.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Jul 2019

Figura Julai 2019: Hawa Rizwana, Wajah Pelaris TV3.

Hawa merupakan penyampai berita termuda di TV3!

Featured Thu, 5 Dec 2024

Kanser Merebak Ke Hati & Paru-Paru, Jangka Hayat Lan Zailan Tinggal 3 Bulan Sahaja – “Jika Ada Silap, Mohon Maafkan”

“Kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru. Mohon sahabat terus bagi semangat pada Lan”- Isteri

Featured Wed, 20 Oct 2021

Fauzi Nawawi Dikecam Kerana Kongsi Kisah Lakonkan Babak Rog*l Dengan Raja Farah, Ini Respons Empunya Badan & Suami

Pelakon terkenal, Fauzi Nawawi tular di media sosial semenjak semalam apabila berbicara mengenai satu babak panas dalam filem Anak Halal yang melibatkan dirinya bersama pelakon wanita, Raja Farah. Tular satu rakaman video di Twitter semalam […]

Events Fri, 8 Nov 2019

任贤齐和阿牛有新搞作!欲和《麼麼茶》原班人马在岛开唱

「麼麼茶」和「小强」又再合体啦!继早前任贤齐和阿牛(陈庆祥)两人9月重游热浪岛后擦出新火花,联手合唱新创作《嘿!我在说你呢》并邀请大马媒体直击录音现场。

LIFESTYLE Thu, 10 Jan 2019

Every Man Needs At Least One Set of Suit

As per Barney Stinson’s words, “Suit up!”

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
error: Content is protected !!